Warkah Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a

Khamis, Mei 19, 2011

Alonso Bersama Ferrari Sehingga 2016


Ferrari menyambung kontrak Fernando Alonso sehingga penghujung 2016 di mana pemandu Sepanyol itu turut memberikan komitmen untuk menamatkan kariernya bersama pasukan Itali itu.

“Ia adalah satu yang menggembirakan untuk kami memperbaharui perjanjian dengan pemandu yang sentiasa menunjukkan mentaliti untuk menang dalam keadaan yang paling sukar.

“Fernando memiliki apa yang diperlukan, iaitu dari segi teknikal dan keperibadiannya bagi memainkan peranan utama dalam sejarah Ferrari. Saya berharap beliau akan memberikan lebih banyak kemenangan tidak lama lagi,” kata Presiden Ferrari, Luca di Montezemolo di sini, hari ini.

Sementara itu, Fernando berkata, pasukan Ferrari seperti keluarga keduanya dan ia memudahkan untuk membuat keputusan melanjutkan hubungan jangka panjang seperti ini.

“Ferrari adalah pasukan yang mana tanpa ragu-ragu untuk saya menamatkan karier Formula 1 (F1) saya satu hari,” katanya. - AP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...