Berkata Ibnu Taimiyyah: “Sesiapa yang ingin masuk syurga biasa-biasalah bermain di taman-tamannya dahulu. Apa itu taman syurga?
Taman syurga ialah tempat pembelajaran, majlis ilmu, halaqah ilmu atau rancangan televisyen yang mendidik jiwa. Kelebihan menuntut ilmu memang biasa kita dengar.
Kali ini mari sama-sama kita mempelajari adab ketika menuntut ilmu supaya ilmu yang diperoleh lebih berkat.
Antara adabnya ialah:
1. Ikhlas belajar. Islam menegaskan wajib menuntut ilmu sejak lahir hingga ke liang lahad. Belajar dengan pelbagai cara dan medium hinggalah boleh dibuat di hujung jari melalui Internet. Dengan syarat segala yang dilakukan dibuat dengan penuh ikhlas bertujuan mendapat keredaan Allah.
2. Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Kita dituntut bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu tanpa mengira masa dan keadaan. Sifat malas hendaklah dihindari di samping menjauhkan diri daripada rakan yang bersifat malas. Selepas berusaha bersungguh-sungguh, barulah kita bertawakal kepada Allah supaya kejayaan menjadi milik kita.
3. Menjauhi Maksiat. Maksiat ialah melakukan perbuatan yang melanggar perintah Allah iaitu melakukan perbuatan yang berdosa. Oleh itu, hendaklah memberi perhatian dan hindari fikiran daripada melayang ke arah maksiat.
4. Memilih teman yang soleh. Teman yang sentiasa patuh dan taat kepada Allah dan Rasul.
5. Banyakkan mengingati Allah. Orang yang sentiasa berzikir akan dikurniakan hati yang tenang dan tenteram. Zikir dikatakan dapat menghidupkan hati yang mati. Oleh itu, banyakkan berzikir dan berdoa selepas solat dan disarankan juga mengamalkan zikir harian.
6. Menjaga kehormatan diri dan orang lain. Kehormatan diri dapat dijaga dengan mengamalkan tingkah-laku yang baik supaya tidak terjebak dengan perbuatan maksiat. Di samping itu, hendaklah menjauhkan diri daripada menyakiti hati dan perasaan orang lain. Doa orang yang teraniaya sangat mujarab. Dikhuatiri orang yang kita sakiti hatinya mendoakan sesuatu yang buruk berlaku kepada kita.
7. Doa dan keredaan ibu bapa. Sebagai anak yang soleh kita dituntut mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita. Ini kerana keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa. Beruntunglah orang yg masih mempunyai kedua ibu bapa kerana mereka dapat meneruskan bakti sewaktu mereka masih hidup. Apatah lagi dengan memandang wajah ibu bapa saja kita diberikan pahala oleh Allah.
8. Beramal dengan ilmu yang diperoleh. Sesuatu ilmu tidak bermakna jika tidak diamalkan. Orang yang memiliki ilmu itu umpama orang yang memiliki senjata. Dengan ada senjata kita dapat mempertahankan diri kita daripada serangan musuh. Ilmu itu dapat menghalang diri seseorang daripada pengaruh negatif yang cuba menjauhkan dirinya daripada keredaan.
Warkah Ramadhan
Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a
Jumaat, Januari 13, 2012
Taman Syurga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan