Warkah Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a

Rabu, Ogos 03, 2011

Kadar Pembayaran Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2011

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
• Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
• Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
• Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
• Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Pembayaran Zakat Fitrah 2011 adalah mengikut kadar bayar tertentu yang telah ditetapkan. Kadar zakat ialah berbeza mengikut negeri. Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah (aidil-Fitr). Untuk itu ingin saya kongsikan kadar zakat fitrah bagi 2011 tahun 1432H.

Johor - RM7.50
Kedah - RM7.00
Kelantan - RM7.60
Melaka - RM6.30
N. Sembilan - RM6.50
Pahang - RM7.30
Perak - RM7.00
Perlis - RM5.00 / RM7.00
P. Pinang - RM7.30
Sabah - RM7.70
Sarawak - RM7.50
Selangor - RM5.20
Terengganu - RM6.00 / RM7.00 / RM8.00
Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan - RM5.20

Untuk pengetahuan, pembayaran zakat fitrah pada bulan ramadhan terbahagi kepada 5.
• Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
• Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
• Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
• Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
• Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...