Warkah Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a

Selasa, Februari 01, 2011

Pokok Keembong

Bunga keembong merah

Keembung atau nama botaninya impatiens balsamina adalah sejenis pokok tanaman hiasan yang banyak dijumpai di serata negara, sama ada beriklim tropika ataupun sederhana. Dikenali juga dengan nama bunga Tabo, Inai Air (melayu) dan Garden Balsam (Ingg
eris), keembung adalah tumbuhan semulajadi di negara India dan Myanmar. Keembung adalah pokok jenis herba. Batangnya mempunyai banyak air dan menghasilkan beberapa dahan kecil. Daun pokok keembung adalah jenis ringkas, susunannya berselang-seli dan berbentuk mata lembing. Di kedua-dua hujung daun adalah runcing dan bergerigi halus. Daunnya juga bertangkai pendek. Bunga keembung dihasilkan secara tunggal atau beberapa bunga pada tangkai jambak bunga. Ia dihasilkan di ketiak daun. Bunganya ada jenis berwarna putih,kuning pucat, merah jambu, merah dan ungu. Lazimnya bunga keembung mempunyai lima kelopak tetapi ada jenis yang berganda.


Biji keembong


Buah keembung adalah jenis kapsul berbentuk bulat memanjang. Buah yang masak akan merekah secara meletup dan menebarkan biji. Biji buah keembung bersaiz kecil dan berwarna kehitam-hitaman.


Bunga keembong unggu

Pokok tanaman hiasan daripada keluarga balsaminaceae ini turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional adalah daun, bunga, biji dan batang. Seluruh bahagian pokok ini kecuali akarnya dikatakan boleh direbus dan dijadikan ubat bagi merawat busung, demam kuning, hepatitis dan kembung air.

Daun pokok keembong

Daun pokok keembung dikatakan boleh direbus dan digunakan untuk mencuci dan melebatkan rambut. Ia juga boleh ditumbuk halus dan kemudiannya ditampal pada luka, penyakit kulit, sakit di atas, sekeliling atau dalam kuku, kulit lekang, bernanah dan kulit bengkak. Boleh juga ditampal pada kepala apabila sakit kepala.

Batang pokok keembong

Batang pokok keembung boleh ditumbuk sampai hancur, airnya kemudiannya diperah dan disapu pada lebam, ketuat, kutil, kurap dan ulser yang busuk. Cecair yang diperah daripada batang ini juga boleh disapu pada kulit yang luka supaya tidak bengkak ataupun lebam. Cecair yang diperah ini turut boleh disapu sebagai losyen untuk merawat bengkak mata.

1 ulasan:

nur madihah berkata...

di rawang,kat mana boley dapat pokok bunga keembung ea?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...