Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil tidak menolak kemungkinan ada golongan berusia sehingga 35 tahun akan berada di kalangan pelajar lepasan sekolah untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada masa depan.
Beliau memberi amaran remaja yang cuba melarikan diri daripada menyertai PLKN hari ini berkemungkinan besar akan berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan itu pada masa hadapan.
"Peruntukan akta menetapkan, mereka akan tetap dicari dan dipanggil untuk menjalani PLKN sehingga mereka berusia 35 tahun," katanya kepada pemberita selepas melawat kem PLKN Seri Perkasa di sini hari ini. Katanya, nama mereka tidak akan dipadamkan, sebaliknya akan dicari oleh polis jika gagal melaporkan diri selepas dipanggil mengikuti latihan.
Abdul Hadi turut memberi ingatan kegagalan melaporkan diri akan menyebabkan mereka menerima hukuman untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan tetapi selepas tamat hukuman, mereka akan tetap dikehendaki memasuki program itu.
"Sejak program ini dimulakan pada 2004, seramai 9,000 orang gagal melaporkan diri dan nama mereka sudah diberi kepada pihak polis. Kes mereka juga dirujuk kepada Peguam Negara. Peguam Negara membuat kata putus, untuk memanggil mereka semula," katanya.
Beliau berkata, tahun ini merupakan kali pertama nama-nama yang gagal melaporkan diri dahulu dipanggil semula dan buat permulaan, 500 orang telah dipanggil.
Katanya, beberapa pembaharuan dibuat untuk kumpulan kedua PLKN yang sepatutnya melaporkan diri pada Mac tetapi ditunda sehingga 15 Mei untuk membolehkan mereka menerima tawaran memasuki universiti tempatan atau ke tingkatan enam.
Pembaharuan ini membolehkan mereka yang dipanggil tidak perlu memasuki kem dahulu dan kemudian memohon penangguhan kerana ini membazirkan masa dan wang ibu bapa serta kerajaan.
"Di pihak kerajaan, kita akan dapat menjimatkan wang elaun, dobi, kos pakaian, gunting rambut dan makanan," katanya.
Mulai tahun ini, katanya, pelatih PLKN akan menggunakan pakaian seragam celoreng jenis baru yang lebih selesa dan segak berbanding pakaian lama yang menggunakan bahan yang tidak begitu sesuai dengan cuaca panas di negara ini. - BERNAMA
Read more...
Warkah Ramadhan
Selasa, Mei 24, 2011
Usia 35 Tahun Mungkin Ikuti PLKN
Isnin, Mei 23, 2011
Kereta Konsep EMAS Proton
Pembuat kereta nasional Malaysia, PROTON, belum memutuskan bila akan mula memasarkan kereta konsep EMAS, kata sumber rapat syarikat itu, di sini hari ini.
Beliau berkata, apabila keputusan membina atau melancarkan EMAS (Eco Mobility Advance Solution), dibuat, pengumuman akan dibuat kepada orang ramai pada masa yang sesuai.
"Ia adalah kereta konsep pertama PROTON yang berasaskan sistem pendorongan hibrid," katanya ketika ditemui pada Pameran Industri Automotif Malaysia (MAIE) yang diadakan serentak dengan Pameran Kejuruteraan Automotif (AEE) di sini. Beliau berkata, casis EMAS yang direka khusus, mampu menempatkan sistem bateri hibrid dilantai dan memanfaatkan ruang secara maksimum dan pada masa yang sama mengekalkan dimensi keseluruhan kereta kompak.
Kereta empat tempat duduk dan lima pintu sepanjang 3550mm, dilengkapi enjin endoterma di bahagian depan untuk mengecas semula bateri lithium ion.
Beliau berkata, ciri lain termasuk lampu LED digital kabin daripada solar, sistem telematik canggih, paparan maklumat interaktif, sistem pengurusan bateri, sistem pendingin hawa elektrik serta kamera belakang dan mengundur.
PROTON EMAS dipromosikan sebagai Kereta Kecil Global pertama Proton yang bermakna kereta saiz kompak yang dijual di banyak negara di dunia dan bukan sahaja di Malaysia atau rantau tertentu, katanya.
"Menerusi Kereta Kecil Global yang berasaskan EMAS, PROTON merancang menjual kereta yang memenuhi piawaian dunia itu, model yang boleh menjadi platform untuk yang lain dan kereta yang mempunyai komponen yang boleh diseumber dari kebanyakan negara di seluruh dunia," katanya.
Beliau bagaimanapun, berkata EMAS adalah kereta konsep dan tidak semestinya PROTON akan mengeluarkan model yang sama seperti yang dipamerkan.
Malah, beberapa aspek reka bentuk model baru PROTON mungkin berdasarkan kereta-kereta konsep ini.
Sebagai contoh, reka bentuk PROTON Saga FL adalah berasaskan Kasturi, namun ia tidak sama dengan Kasturi dan dalam hubungan ini, adalah tepat untuk mengataskan Proton sudah melancarkan model yang berasaskan reka bentuk salah sebuah kereta konsep dalam siri Pahlawan.
Sementara itu, pada sesi ceramah untuk wakil Malaysia yang menyertai pameran MAIE/AEE di ibu pejabat Nissan di sini awal minggu ini, Eiji Makino, pengurus besar, unit perniagaan pelepasan sifar global Nissan Motors Co Ltd, berkata Nissan sangat berminat untuk menjual 100 peratus kereta elektrik "Nissan Leaf" di Malaysia.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia perlu bersetuju memberikan insentif untuk memperkenal kereta sedan keluarga lima pintu kompak dengan kapasiti lima tempat duduk, dalam pasaran Malaysia.
LEAF ialah singkatan bagi "Leading, Environmentally friendly, Affordable, Family Car" atau Kereta Keluarga Mampu Milik, Mesra Alam, Utama.
Antara lain, kerajaan perlu sedia memberikan pembeli insentif cukai kereta atau subsidi yang akan mengurangkan kos pembelian kereta itu.
Sebagai kereta elektrik, Nissan Leaf tidak menyebabkan pencemaran atau pelepasan gas rumah hijau semasa beroperasi dan mengurangkan pergantungan terhadap petroleum.
Makino berkata, setakat ini 2,000 unit kereta elektrik pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran itu, sudah dijual, kebanyakannya di Jepun. - BERNAMA
Read more...
Ahad, Mei 22, 2011
Jawatan Kosong Dalam Sektor Perladangan
Masih terdapat 3,548 kekosongan jawatan yang perlu diisi dalam sektor perladangan pada ketika ini, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata, kekosongan jawatan itu merangkumi peringkat bukan eksekutif seperti juruteknik, jurukimpal, penyelia operasi sehingga ke peringkat Pengurus Ladang.
Katanya, sesetengah jawatan berkenaan memerlukan kelulusan dan kemahiran tertentu yang boleh diperoleh daripada pelatih Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (Impac). "Kerajaan akan terus berusaha mewujudkan pekerja mahir berkualiti bagi memenuhi pasaran pekerjaan di sektor perladangan dengan memberikan latihan dan mengadakan pelbagai kursus dalam tempoh terdekat ini," katanya ketika merasmikan program "Hello Komoditi" kementerian itu di sini.
Teks ucapannya dibacakan Setiausaha Bahagian Penggalakan Inovasi dan Modal Insan Industri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Aknan Ehtook.
Hamzah berkata, sektor perladangan mampu memberikan peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat terutama golongan belia.
Beliau berkata, komoditi getah, sawit, koko, lada hitam dan tanaman baru seperti kenaf memberikan sumber pendapatan lumayan kepada pekebun kecil selain meningkatkan hasil negara.
"Pendapatan eksport negara daripada produk berasaskan komoditi terbabit menghasilkan pendapatan bernilai RM65.3 bilion pada 2005 dan meningkat kepada RM113 bilion tahun lepas," katanya.
"Ini adalah peningkatan sebanyak 73 peratus bagi tempoh lima tahun," katanya.
- BERNAMA
Read more...
Sabtu, Mei 21, 2011
6 Wanita Tulang Belakang Osama
PEPATAH manusia mati meninggalkan nama cukup tepat menggambarkan apa yang berlaku kepada pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, yang dilaporkan maut dalam serangan tentera Amerika Syarikat pada 2 Mei lalu di Pakistan.
Statusnya sebagai musuh nombor satu Amerika dan didakwa Washington sebagai perancang utama serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 sudah cukup menjulang namanya dalam sejarah untuk tempoh cukup lama.
Namun masih ada sesuatu lain yang ditinggalkan Osama dan pastinya turut melakar sejarah tersendiri dan menarik untuk diikuti - enam wanita yang pernah menjadi suri hatinya biarpun hanya tiga kekal menemaninya ke saat akhir. Lebih menarik lagi, perkahwinannya itu turut dikurniakan lebih 20 cahaya mata biarpun angka sebenarnya tidak diketahui. Pemimpin kelahiran Arab Saudi berusia 54 tahun itu meninggalkan zaman bujangnya pada usia semuda 17 tahun apabila mengahwini Najwa Ghanem, sepupunya pada tahun 1974. Perkahwinan yang diatur keluarga itu akhirnya menemui noktah pada 2001, sebelum serangan 11 September dilancarkan.
Namun perkahwinan 27 tahun itu diserikan kehadiran 11 anak termasuk Abdullah, yang kini menerajui firma pengiklanan di Jeddah, Arab Saudi; Saad, yang mungkin maut dalam serangan Amerika di Pakistan pada 2009; Omar, seorang ahli perniagaan yang mencetuskan kontroversi mengahwini wanita Britain, Jane Felix-Browne pada 2007 dan Mohammed, dipercayai anak kesayangan Osama, yang mengahwini anak perempuan orang kanan al-Qaeda, Mohammed Atef. Mohammed terbunuh dalam serangan Amerika pada 2001.
Najwa kemudian bermadu dengan Khadijah Sharif yang sembilan tahun lebih tua daripadanya pada tahun 1983 dan mereka memiliki tiga anak. Khadijah berpendidikan tinggi dan didakwa berketurunan Nabi Muhammad. Mereka kemudian bercerai ketika menetap di Sudan pada 1990-an dan Khadijah dilaporkan kembali ke Arab Saudi. Menurut pengawal peribadi Osama, Khadijah yang memohon untuk bercerai kerana tidak sanggup lagi hidup susah dengan pemimpin al-Qaeda itu.
Isteri ketiga Osama pula bukan calang-calang sebaliknya diatur sendiri oleh Najwa. Khairiah Sabar yang mengahwini Osama pada 1985, juga wanita berpendidikan tinggi dengan kelulusan peringkat doktor falsafah dalam undang-undang Islam. Namun, tidak diketahui sama ada wanita itu selamat dalam serangan pada 2001 ke atas kem al-Qaeda di Afghanistan. Anak lelaki pasangan itu, Hamza pula dilingkari pelbagai laporan yang ada mendakwanya mati dibunuh dalam operasi ketenteraan Amerika minggu lalu, manakala satu lagi laporan media mendakwa dia berjaya memboloskan diri. Hamza ditampilkan dalam video al-Qaeda sebagai remaja dan dilatih untuk memimpin pertubuhan yang diasaskan oleh bapanya. Dia juga pernah disebut dalam autobiografi bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, yang diterbitkan selepas kematiannya, sebagai merancang pembunuhan wanita itu.
Kuota memiliki isteri dalam Islam cukup buat Osama apabila dia mengahwini Siham Sabar sebagai isteri keempat pada tahun 1987 dan memilik empat anak termasuk Khalid yang pada awalnya disangka Hamza. Siham juga dikatakan berketurunan Nabi Muhammad. Siham kekal di Afghanistan dengan Osama selepas serangan 11 September dan tidak diketahui sama ada dia atau anaknya selamat dengan kempen ketenteraan Amerika pada 2001 di negara itu.
Tidak lama selepas Khadijah meninggalkan Osama pada tahun 1990-an dan kembali ke Arab Saudi, Osama memenuhkan semula kuota empat isteri dengan mengahwini seorang wanita lain di Khartoum, Sudan. Namun tidak banyak diketahui mengenai perkahwinan kelimanya kerana ia dibatalkan dalam masa 48 jam!
Perkahwinan keenam Osama terjadi apabila pemimpin itu dihadiahkan dengan seorang gadis, Amal Ahmed al-Sadah, 17, sebagai isteri pada 2000 iaitu ketika Osama berusia 44 tahun, sebagai tanda memeterai perjanjian antara Osama dan satu puak yang dilihat berpotensi merekrut anggota al-Qaeda di Yaman.
Perkahwinan Osama dengan Amal itu juga dilaporkan diatur oleh pemimpin al-Qaeda di Yaman, Sheikh Mohammed Rashed Saeed Ismail.
Menggambarkan Amala, Sheikh Mohammed Rashed, berkata: “Berasal dari keluarga sederhana Yaman, Amal boleh hidup susah dengan Osama dalam gua di kawasan pergunungan dan menjadi seseorang yang boleh Osama bentuk.
“Amala juga tidak kisah mengahwini lelaki sebaya bapanya dan amat percaya menjadi isteri yang taat dan setia kepada suami akan memberinya tempat di syurga.”
Amal yang berwajah cantik, tinggal bersama-sama Osama di Abbottabad, Pakistan sejak 2005 sehinggalah ke saat kematiannya. Malah, dia dikatakan sanggup bergadai nyawa menjadi perisai Osama daripada serangan komando Amerika, yang menyebabkannya turut cedera ditembak pada kakinya.
Anak pertama mereka dilahirkan sejurus selepas serangan 11 September 2001 yang dinamakan Safiya, sempena nama seorang tokoh wanita yang membunuh perisik Yahudi. Safiya dilaporkan berada dalam kediaman berkenaan ketika serbuan yang meragut nyawa bapanya. Tidak diketahui sama ada pasangan itu mempunyai anak lain. Namun, berita kematian Osama disambut kini menebarkan berita mengenai ramainya lelaki, khususnya di Yaman yang sudi mengahwini janda Osama ini andai Amal kembali ke negara asalnya.
Setakat rencana ini ditulis, Amal dilaporkan masih dalam tahanan Pakistan dan menjadi sasaran pihak berkuasa Amerika untuk ditahan. Sudah pasti nasibnya selepas ini akan diekori rapat ramai yang bukan saja mahu mengetahui kesudahan dirinya.
Biar apa yang dilabelkan Amerika dan dunia kepada Osama, cuma wanita yang pernah berkongsi hidup dengannya yang lebih mengenali pemimpin al-Qaeda itu.
Read more...
Jumaat, Mei 20, 2011
PROSPEK Menggantikan PTK
Kaedah penilaian baru bagi kakitangan awam untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan Januari lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan, tetapi ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat.
Panel penilai itu akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.
Gula
4.2 gms = 1 teaspoon of sugar, so this looks like 1 cube is about the same! WHAT A UNIQUE WAY TO PRESENT THIS... We know the facts, but this brings it into perspective quickly, doesn’t it? Each cube is a teaspoonful.
Read more...
Khamis, Mei 19, 2011
Alonso Bersama Ferrari Sehingga 2016
Ferrari menyambung kontrak Fernando Alonso sehingga penghujung 2016 di mana pemandu Sepanyol itu turut memberikan komitmen untuk menamatkan kariernya bersama pasukan Itali itu.
“Ia adalah satu yang menggembirakan untuk kami memperbaharui perjanjian dengan pemandu yang sentiasa menunjukkan mentaliti untuk menang dalam keadaan yang paling sukar.
Sementara itu, Fernando berkata, pasukan Ferrari seperti keluarga keduanya dan ia memudahkan untuk membuat keputusan melanjutkan hubungan jangka panjang seperti ini.
“Ferrari adalah pasukan yang mana tanpa ragu-ragu untuk saya menamatkan karier Formula 1 (F1) saya satu hari,” katanya. - AP Read more...
Bola sepak : Malaysia bertemu Chelsea
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dijadualkan menentang Malaysia pada 21 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil, dalam siri lawatannya ke Asia.
Pengarah Urusan ProEvents yang juga penganjur perlawanan, John Merritt, berkata tiket perlawanan akan mula dijual esok, di mana pembelian menerusi dalam talian pada 30 Mei ini.
Sementara itu, Liverpool turut dijangka berada di Malaysia Julai depan, bagaimanapun, tarikh perlawanan antara kesebelasan utama negara masih belum diumumkan Read more...
Dahsyatnya Hari Kiamat Dan Padang Mahsyar
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ - Pemimpin yang adil.
ⅱ - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ - Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Read more...
Rabu, Mei 18, 2011
Suara Yang Didengari Mayat
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal iaitu:
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
• Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
• Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
• Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
• Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan...
• Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
• Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
• Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
• Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara"
Ketika Mayat Siap Dikafan...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
• Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
• Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
• Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
• Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
• Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."
Ketika Mayat Diusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
• Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
• Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
• Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."
Ketika Mayat Siap Disholatkan....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
• Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
• Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
• Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."
Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
• Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
• Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
• Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
• Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku.... .
• Kini Kau Tinggal Seorang Diri
• Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
• Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
• Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
• Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
• Hari Ini,....
• Akan Kutunjukan Kepadamu
• Kasih Sayang-Ku
• Yang Akan Takjub Seisi Alam
• Aku Akan Menyayangimu
• Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang
• Kembalilah Kepada Tuhanmu
• Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
• Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
• Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku"
Anda Ingin Beramal Shaleh...?
Tolong Kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini...
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tahu bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan. Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???
Kesempatan ini marilah kita saling menasihati dalam kebenaran dan beramal shalih. Jika Anda lakukan dengan ikhlas insya Allah Anda akan menuai kebaikan. Mari berlumba dalam kebaikan.
Read more...
Selasa, Mei 17, 2011
Ais
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
Read more...
Isnin, Mei 16, 2011
Palsu Atau Asli
Perbezaan antara telur tiruan dengan telur asli yang selalu kita makan.
Read more...
Tokek
Sebenarnya dah lam aku nak tulis pasal benda nie tapi masa tak mengizinkan dan selalu lupa nak tulis entri pasal tokek nie..hehehe..korang pernah dengar ke hewan bernama tokek nie..mesti korang pun samar² kan..masa aku balik sabah hari tu..cerita pasal tokek nie dah tersebar luas di pelosok negeri sabah…jadi aku pun heran pasal benda nie…hehehe..nak tau kenapa aku heran? baca smpi habes k..
Apa yang aku herankan sangat ialah orang sibuk mengatakan bahawasanya Tokek nie boleh menyembuhkan penyakit yang memang tidak ada ubat penyembuh didunia tapi tiba² bila aku balik kmpg halaman semua orang sibuk bercerita tentang satu haiwan yang boleh menjadi penyembuh penyakit HIV AIDS. haiwan tersebut diberi nama TOKEK. harga tokek dikira mengikut berat tokek itu sendiri..kalo tak silap aku 1kg = 1juta wakaka..kalo dpt memang kaya..mari kita kenali binatang yang bernama TOKEK nie..
Tokek adalah nama umum untuk menyebut cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut.Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cicak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain haiwan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggeris).
Cicak yang berukuran besar, berkepala besar. Panjang tokek mencapai 340 mm, hampir setengahnya adalah ekornya.Dorsal (sisi punggung) kasar, dengan banyak bintil besar-besar. Abu-abu kebiruan sampai kecoklatan, dengan bintik-bintik berwarna merah bata sampai jingga. Ventral (perut, sisi bawah tubuh) abu-abu biru keputihan atau kekuningan. Ekor membulat, dengan enam baris bintil; berbelang-belang.Jari-jari kaki depan dan belakang dilengkapi dengan pengisap yang disebut scansor, yang terletak di sisi bawah jari. Gunanya untuk melekat pada permukaan yang licin. Maka, dari sisi atas jari-jari tokek nampak melebar.
Tokek yang kerap ditemui di pohon-pohon di pekarangan dan di rumah-rumah, terutama di kampung dan tepi hutan. bunyi tokek yang keras dan khas, tokke … tokkee …, menjadi dasar penyebutan namanya dalam berbagai bahasa.
Makanan Tokek ialah serangga, seperti cicak lain yang lebih kecil, tikus kecil dan mungkin juga burung kecil. Seperti cicak, tokek aktif berburu terutama di malam hari. Terkadang tokek turun pula ke tanah untuk mengejar mangsanya. Di siang hari, tokek bersembunyi di lubang-lubang kayu, lubang batu, atau di sela atap rumah.
Telur tokek di suatu celah gua kapurTokek melekatkan telurnya, yang biasanya berjumlah sepasang dan saling berlekatan, di celah-celah lubang pohon; retakan batu; atau jika di rumah, di belakang almari atau di bawah atap. Tempat bertelur ini kerap pula digunakan oleh beberapa tokek secara bersama-sama. Telur menetas setelah dua bulan lebih. Haiwan ini tersebar luas mulai dari India timur, Nepal, Bangladesh, lewat Myanmar, Tiongkok selatan dan timur, Thailand, Semenanjung Malaya dan pulau-pulau di sekitarnya, Sumatra, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina (Manthey & Grossmann, 1997: 232).
Sebagai Peringatan korang kena berhati-hati, tokek kerap menggigit jika ditangkap. Bila dipegang, tokek automatik akan membuka mulutnya, siap untuk menggigit penangkapnya. Gigitannya sangat kuat, otot-otot rahangnya seakan mengunci sehingga muncul pemeo bahwa gigitan tokek tak akan dapat lepas kecuali jika ada petir menyambar. Anggapan yang tidak ada kebenarannya, kecuali bahwa memang betul gigitannya sukar dilepaskan. Ada cara yang mudah untuk menipu tokek agar tak tergigit ketika memegangnya. Letakkan sesuatu yang agak lunak tetapi liat di mulutnya yang menganga, seperti sepotong ranting atau perca kain yang dilipat-lipat, yang tidak mudah putus. Tokek akan menggigitnya dengan sekuat tenaga, sehingga si penangkap aman untuk mengamati, memeriksa dan mengukur hewan itu. Tokek tak akan melepaskan barang itu selama ia masih dipegang orang; namun manakala tokek dibebaskan, ia akan segera melepaskan barang yang digigitnya dan berlari meninggalkannya.
Tokek sering dianggap sebagai “pitbull” di dunia Gekko karena apabila mereka menggigit sesuatu, gigitan tersebut tidak akan dilepaskan selama beberapa jam bahkan berhari-hari. Gigitan tokek tidak bisa dipaksa untuk lepas tanpa melukai tokek itu. Salah satu cara untuk melepaskan gigitan tokek adalah dengan merendam binatang tersebut didalam air sehingga ia akan melepaskan diri. Cara yang paling gampang adalah dengan meneteskan cuka ke mulut tokek. Biasanya itu cukup untuk membuat mereka melepaskan gigitannya.
Yang aku takutkan bila tokek nie confirm jadi ubat HIV, maknanya bukan byk benda akan menjadi baik..byk benda akan menjadi buruk kerana jika Tokek betol ubat HIV AIDS maknanya makin ramai org akn mengamalkan sex rambang kerana seperti yang kita sedia maklum, penyakit HIV AIDS nie disebabkan sex rambang tau bertukar-tukar pasangan sex..hehehe..jadi bila enzim tokek nie confirm jd ubat orang takkan takut lah nak wat sex rambang tersebut kerana dorang tau ada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit yang membawa kepada kematian tersebut..
Read more...