Warkah Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a

Khamis, Ogos 25, 2011

Tasik Galilee

Tulisan asal artikel ini adalah dari zameer fisabilillah…but I don’t know what is his link so that’s why tak dapat nak link kan nama dia di sini.

Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah...

Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya. Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.

Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee, sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini. Nama lain bagi tasik ini ialah

- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini, hadis itu memberitahu saya dan anda semua, bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar. Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, pada ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpunku, anda semua harus beringat, bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi, memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.

Saya ingatkan lagi, hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas, Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun.

Dan anda semua perlu faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun, asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian, proses ini "sepatutnya" sudah berlaku…

- Tasik Galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita, benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun...
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku, rakan-rakan, semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba, menjelma tanpa kita duga...

Ingatlah saudara-saudara ku...Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja, dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia belaka. Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.

Ketahuilah mereka bertiga ialah:

- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan-kawan...sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu. Ketahuilah, Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi, dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi, dan anda harus ingat!!!

Sekali lagi saya ingatkan anda, bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi), dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012, dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil, dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.

Planet Nibiru (Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi. Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT? OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT. Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna, apa sahaja jentera langit dan bumi, asalkan yang mempunyai saluran elektrik, akan dengan sendirinya tidak berfungsi, satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop, tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.

Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno, menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR!

KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian, sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...

Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan. Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis, maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih, akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini...Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku, adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi, gunakan duit anda untuk:

-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang

Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali, sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan...dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan, sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar, bila satu tanda besar keluar, perhatikan sekeliling anda, semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan? Bila satu tanda besar keluar, akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...

Dan ingatlah wahai Muslimin, doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman, dari susur galur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad, dari susur galur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi, percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat, carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah, Solat 5 Waktu di tahiyat akhir, kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan terakhir, langsaikan hutang secepat mungkin, tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman, kumpulkan kain-kain yang tahan lama, ternak dan gembala kambing, ajar anak-anak menunggang kuda, simpan cermin mata anda sebaik mungkin, banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik, banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah, latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah, banyakkan berenang di waktu petang, minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh, kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini).
Read more...

Cadangan Perjalanan Aidilfitri PLUS Highway

Untuk yang ingin balik raya sila patuhi jadual di atas supaya tidak jem.InsyaAllah semoga selamat semua balik ke Kampung. Read more...

Jumaat, Ogos 19, 2011

Mana Mak??

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Read more...

Jumaat, Ogos 05, 2011

Sejarah Terciptanya Rokok

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)

Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini.
Read more...

Khamis, Ogos 04, 2011

Mungkin ini Ramadhan Terakhir

"Hati ini semakin sayu.Angin diluar kamar bertiup laju menuju ke mana pun tidak aku ketahui.Bulan sabit memancar terang diatas sana.Awam hitam bergerak menuju keselatan.Kesunyian malam semakin terasa dikala semua mahkluk bernama manusia sedang enak beradu diatas hempuk tilam.

Esok ramadhan menjelang lagi buat kesekian kalinya.Cuaca yang agak mendung dan redup buat seminggu dua ini.Berharap ianya akan berterusan untuk 4 minggu kehadapan. Anak-anak yang lena dibalik pelukan sang ibunya,adakah mereka sedar yang keesokkan harinya adalah 1 ramadhan? Aku masih didalam kamar memikirkan adakah ada nyawa untuk aku bertemu ramadhan pada kali ini.Ketakutan terasa secara tiba-tiba...

Semalam aku berdosa,begitu juga dengan kelmarin.Malah ianya berlangsung setiap hari.Semakin lama semakin tiada rasa kedosaan itu pada aku.Aku mengetahui Allah itu Esa.Allah itu Maha Perkasa.Allah ciptakan sistem untuk kita amalkan dan yang dilarang kita tinggalkan.Semakin aku ketahui yang dilarang itu,semakin handal aku mempraktiskannya dalam hidup yang fana ini.Aduhhhhh aku takut ya Allah.

Ramadhan ini aku berazam untuk kembali kepada mu yaAllah.Aku mengaku yang aku ini bukan hamba mu yang saleh.Segala macam dosa pahala telah aku lakukan dan ianya menjadi semakin asyik yaAllah terutama melakukan dosa.Semakin aku ingin mendekati mu,semakin teruk dosa aku cuba lakukan lagi.Semakin aku tahu kekuasaan mu.semakin teruk kedosaan aku lakukan tanpa menghiraukan mu yaAllah.

Aku tahu aku ini lemah yaAllah,tapi aku selalu bongkak meninggi diri dengan manusia yang lain.Bila aku tersedar, aku takut yaAllah.Bila semakin aku takut,makin kuat lagi kebongkakkan aku dibuai oleh sang iblis. Tolonglah yaAllah.Aku ini insan kerdil.Dugaan yang Engkau beri, aku tidak mampu untuk menolaknya..YaAllah,kurangkan dugaan mu untuk aku yaAllah.Aku semakin hanyut dengan kelekaan dunia ini.

Sekarang aku terpaksa tetapkan saat kematian aku agar aku terus merasai ketakutan pada mu yaAllah.Aku mengandaikan kematian aku adalah pada 1 syawal 2010.Hanya inilah sahaja aku mampu lakukan agar aku tidak hanyut dengan dunia ini lagi.Hanya tinggal lagi 29 hari untuk aku menghirup udara didunia ini dan setiap hirupan udara yang aku lakukan telah mengurangkan jumlah hirupan yang masih tinggal untuk aku.

YaAllah..dengan fadhilat solat terawikh yang Engkau ilhamkan kepada Junjungan Besar Rasulullah SAW ini,aku akan berazam untuk merebut kesemua fadhilatnya sepanjang ramadhan ini. Dan sebelum mata ini terpejam nanti yaAllah,berikan aku peluang untuk mendapat malam lailatul Qadar yang terakhir ini yaAllah.Aku merayu kepada mu sesungguhnya yaAllah.Jika boleh dibayar untuk mendapatkan malam itu,aku pasti akan membayarnya yaAllah.Tolonglah dengar rintihan hambamu yang terlalu banyak dosanya yaAllah.Berilah peluang untuk aku untuk kali ini sahaja yaAllah.
Read more...

18 Jam Sebelum Ustaz Asri Pergi Tak Kembali....

Ikuti kisah luahan hati seorang sahabat kepada Allayarham Asri bin Ibrahim ini... Semuanya bermula dari satu panggilan, tengahari 12 Ogos 2009….

ASRI: Assalammualaikum! Man, anta kat mane?
AKU: Kat syurga… hehehe (gurau. Sebenarnya baru bangun tidur)
ASRI: Cit! ana pun nak jadi cam anta lah! Hahaha… (melayan gurauan)
AKU: Maqam ana lain, hehehe. Anta, ALLAH jemput direct; lagi hebat! (masih lagi mood gurauan @ isyarat?!)
ASRI: Dah! Dah! Jadi tak jumpe?
AKU: Jadi. Kenape?
ASRI: Jumpe lewat sikitlah. Ana nak meeting dengan rabbani. Pas tu jumpa Pyan jap kot.tapi tak tahu lagilah…
AKU: Cam ni lah! Anta setel semua, anta call. O.k?
ASRI: O.k! Insya’ALLAH

Seperti yang dirancang kami pun bertemu di area Taman Dr. Ismail. Kami bercerita segala kisah yang mungkin termasuklah perihal Rabbani, tugas dakwah dan agenda projek baru bersama.

AKU: Insya’ALLAH, takde aral melintang album zikir baru anta dengan Hijjaz kuar Ramadhan ni
ASRI: Album mane ni?
AKU: Kan kita ade dua album yang belum release lagi. Satu, yang amalan orang-orang melayu. Satu lagi yang Ratib Hadad tu.
ASRI: Abis anta kuar mane dulu?
AKU: kuar yang ada amalan tok janggut, mat kilau, tokku paloh tu. O.k tak?
ASRI: mmm…bagus gak tu. Jarang ada konsep album macam tu. Paling kurang ada gak yang amalkan. Ana pun dapat saham kat sana nanti.
AKU: Anta tahu title album ni

ASRI geleng kepala. Kemudian didongak-dongak kecil kepalanya dengan matanya yang turut bergerak-gerak sebagai isyarat mahu tahu.

AKU: Amalan Perisai Ghaib!
ASRI: Fuhyooo!!! Masya’ALLAH! Masalahnya ana sendiri pun tak ghaib lagi.
AKU: mana tau….tah-tah anta ni dah jadi wali …..
ASRI: Amin!!!! Kami gelak besar selepas tu. Semua yang ada di restoran itu memandang.
ASRI: Man, anta nak tengok ana ghaib tak?
AKU: Cubalah…….hehehe
ASRI: Tapi kalau ana tak datang balik, anta cari ana tau. Jangan nangis lak….

Kemudian, ASRI bangun dari tempat duduk dan berlalu dari situ…

AKU: Hah!? Nak pi mana pulak tu???
ASRI: Tandas lah! Ni ghaiblah ni. Ghaib dari mata anta…(tersengih)

AKU tergelak. Tersengih. Pandai ASRI kenakan AKU. Beberapa minit kemudian, ASRI kembali. Kami pun bercerita layaknya seorang sahabat dengan sahabat – persis abang dan adik; tentang buku ASRI yang terbaru. AKU ceritakan susunan buku yang hampir siap itu.

ASRI: Okey tu…tapi ana letak tajuk buku kali ni boleh?
AKU: cantikkkk! Apa dia?
ASRI: Maaf, Kalau Aku Tak Sempurna…. Ok tak?
AKU: Wah! Ini sudah lawan ayat namanyer….hehehe

Tawa kami berderai lagi….. Kami terus berceritera lagi, tentang jodoh AKU pun ada; sempat juga sekali dua AKU terkena sedas dua nasihatnya. Kata-katanya kali ini begitu mengesan sangat di hati AKU.

ASRI: Man…apa pun, ana setuju jer dengan anta. Ana nak balik awal lah ari ni. Rasa letih. Penat. Esok 9 pagi nak gi RTM , ada program…
AKU: Okeylah! Anta baliklah terus. Rehat.

Kami pun bersalaman. Kuat genggamannya. Ditepuknya bahuku beberapa kali. Kami berpecah arah. Tak jauh kaki AKU melangkah, ASRI memanggil.

ASRI: man, anta tahu tak? Dah lebih 15 tahun kita berkawan kan? Tapi takde satu pun gambar ana dengan anta. Meh! Sini kita tangkap gambar jap…
AKU: hahaha…merepeklah! Tak penting tu. Lain kali ajer lah. Malu lah nak bergambar dengan orang yang wajah ahli syurga ni.

ASRI ketawa melihat keletah malu-malu kucing AKU. Dan aku pun terus meninggalkannya tanpa menunaikan permintaan itu. Yups! Permintaan terakhirnya… kami berpisah untuk berpisah selamanya! Ya ALLAH…aku rindu. Aku semakin rindu. Rindu sangat. “33 jam yang lalu, dia masih tak lokek dengan senyuman, dia mampu bercanda tawa di sebuah pertemuan hati ke hati. Tapi hari ini tadi, dia kaku – diam seribu bahasa – namanya ku panggil tak bersahut lagi. Tangan yang semalam bersalaman, menjadi tangan yang memandikannya; mengkafaninya. Ya ALLAH benar kah semua ini? Mimpikanlah ini semua!!!!!
Read more...

Kisah Nafsu Yang Degil Dengan Perintah Allah

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".

Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.

Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Read more...

Rabu, Ogos 03, 2011

Kenangan Di Bulan Ramadhan

APABILA bulan puasa menjelang, kita jadi nostalgik. Teringatkan, emaklah orang yang paling berpengaruh membina keinginan kita untuk berpuasa. Pendekatan pertama yang biasa emak gunakan ialah dengan meminggirkan kita ketika waktu berbuka.

Tatkala ahli keluarga yang lain enak menjamah hidangan, emak suruh kita ‘main jauh-jauh’ kerana kita tidak layak untuk makan bersama mereka kerana tidak berpuasa.

Situasi ini membuatkan kita berasa diketepikan. Perasaan ingin berpuasa mula datang membuak-buak. Tentu sekali emak akan gembira bila kita suarakan hasrat hendak berpuasa. Kata emak, ‘Berpuasa sekerat hari pun tak apa.’ Maka keesokannya, kita mulalah bangun bersahur meskipun makan dengan mata yang terpejam.

Pada siang harinya, kitalah yang bangun paling lewat kerana kelesuan. Tetapi emak akan menggalakkan kita terus berpuasa bila melihat kita melepek di lantai simen kerana ingin menyegarkan badan. Kata emak, ‘Lepas pukul 12.00, bolehlah berbuka.’ Dengan wajah yang pucat dan monyok, kita mengangguk lesu. Bila terasa haus, kita ke bilik mandi untuk basuh muka dan menjaram kepala. Mungkin dalam diam-diam kita berpura-pura tertelan seteguk dua air menghilangkan dahaga! Tepat jam 12, mulalah kita mengendeng di dapur. Dan, emak pun menghidangkan sepinggan nasi.

Tetapi menjelang waktu berbuka, sekali lagi kita dipinggirkan dan tidak dapat merasa juadah hidangan keluarga kerana berpuasa sekerat hari. Bermula dari situ, kita mula memasang niat hendak berpuasa penuh. Tentu sekali emak gembira kerana anak kecilnya sudah hendak jadi seperti orang dewasa. Keesokkannya, meskipun hendak berpuasa macam Abang Long, kitalah anak yang paling kuyu mata, paling suka melepek, paling kuat merengek kerana kebulur dan paling kerap melangut ke jam dinding menghitung waktu.

Di sepanjang hari, pelbagai alasan seperti lapar, pening kepala dan haus, dikhabarkan pada emak. Namun emak buat-buat tak dengar keluhan kita, kerana inginkan anaknya berpuasa penuh. Setibanya waktu berbuka, kitalah orang paling awal duduk mengadap juadah dan kitalah yang menjadi perhatian keluarga. Emak dan ayah akan penuhkan pinggan kita dengan segala juadah kerana berbangga akhirnya kita sudah berjaya berpuasa penuh.

Mulalah emak berjanji hendak bagi ganjaran kalau kita dapat meneruskan ibadah puasa. Dia berjanji akan menghidangkan masakan yang kita paling suka. Cakaplah apa sahaja, emak akan sediakan. Ramai juga di kalangan kita yang dijanjikan ganjaran wang ringgit.

Begitulah latihan berpuasa yang kita lalui. Malangnya, penekanan yang selalu dititikberatkan adalah menahan diri daripada makan dan minum. Oleh kerana kita telah dilatih sebegitu, tanpa kita sedari, makanan menjadi agenda utama bulan puasa. Kita sudah terbawa-bawa perangai budak hingga ke dewasa. Kita membeli lebih makanan daripada biasa. Kita minum pelbagai jenis air di bulan ini. Lihatlah sesaknya bazar-bazar Ramadan yang dibuka di bandar-bandar kecil dan besar di seluruh negara. Kesemuanya untuk memenuhi nafsu makan kita.

Bila lagi kita hendak berpuasa dalam ertikata yang sepatutnya? Mengapa kita terbawa-bawa perangai kanak-kanak kita setiap kali tibanya bulan puasa? Biarlah sekurang-kurangnya kekerapan kita membeli makanan di luar adalah sama seperti hari-hari biasa. Kalau dahulu kita asyik mengembangkan hidung dan menjenguk ke dapur menghidu aroma masakan emak, setelah dewasa, kita asyik melayari internet pula untuk melihat juadah apa yang diingini buat berbuka. Bukankah apabila kita berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis, nafsu kita boleh dikontrol dan tidak meliar apabila melihat makanan?

Apakan daya, pengetahuan kebanyakan emak tentang puasa biasanya berbentuk ritual. Dia melayan nafsu makan kita sebagai anak kecil. Penekanan menahan nafsu mata, telinga dan lidah jarang sekali ditarbiahkan kepada kita. Begitu juga, dia tidak sampaikan kepada kita peri pentingnya memperbanyakkan ibadah.

Benar. Kita memperdalami sendiri erti puasa melalui ceramah, kuliah dan pembacaan. Ilmu puasa kita kini lebih lengkap, lebih dewasa. Tetapi bila tiba bab makan, kita kalah bila jadi budak-budak kembali. Kita gagal dalam menangani cabaran fizikal berpuasa. (Maaf cakap, belum termasuk cabaran spiritual lagi). Mengapa begitu? Justeru itu, mengapa tidak kita memperbetul minda khususnya hal makan minum di bulan Ramadan.

Buat permulaan, ramai yang belum mencuba keenakan berbuka secara Rasulullah. “Adalah Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamr), jika tidak ada tamar maka minum dengan satu tegukan air.” (Anas bin Malik r.a)

Cara ini simple, mengenyangkan dan tentu sekali tidak memberatkan perut hingga mengantuk tatkala bersolat terawih. Mari kita tinggalkan nostalgia makan minum di zaman kanak-kanak itu. Ia hanya sesuai untuk budak-budak.

http://maafcakap.blogspot.com
Read more...

Kadar Pembayaran Zakat Fitrah Mengikut Negeri Tahun 2011

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
• Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
• Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
• Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
• Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Pembayaran Zakat Fitrah 2011 adalah mengikut kadar bayar tertentu yang telah ditetapkan. Kadar zakat ialah berbeza mengikut negeri. Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah (aidil-Fitr). Untuk itu ingin saya kongsikan kadar zakat fitrah bagi 2011 tahun 1432H.

Johor - RM7.50
Kedah - RM7.00
Kelantan - RM7.60
Melaka - RM6.30
N. Sembilan - RM6.50
Pahang - RM7.30
Perak - RM7.00
Perlis - RM5.00 / RM7.00
P. Pinang - RM7.30
Sabah - RM7.70
Sarawak - RM7.50
Selangor - RM5.20
Terengganu - RM6.00 / RM7.00 / RM8.00
Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan - RM5.20

Untuk pengetahuan, pembayaran zakat fitrah pada bulan ramadhan terbahagi kepada 5.
• Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
• Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
• Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
• Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
• Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Read more...

Selasa, Ogos 02, 2011

Nama Panjang

Nama Pannnjanggg....

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%
Read more...

Perbezaan ANDA dan BOSS Anda

Me and My Boos

When I Take a long time to finish,
I am slow,
When my boss takes a long time,
he is thorough


When I don't do it,
I am lazy,
When my boss does not do it,
he is busy,


When I do something without being told,
I am trying to be smart,
When my boss does the same,
he takes the initiative,


When I please my boss,
I am apple polishing,
When my boss pleases his boss,
He is cooperating,


When I make a mistake,
I' am an idiot.
When my boss makes a mistake,
He's only human.


When I am out of the office,
I am wondering around.
When my boss is out of the office,
He's on business.


When I am on a day off sick,
I am always sick.
When my boss is a day off sick,
He must be very ill.


When I apply for leave,
I must be going for an interview .
When my boss applies for leave,
it's because he's overworked


When I do good,
my boss never remembers,
When I do wrong,
He never forgets


what to do?????????????

Read more...

10 Tokoh Malaysia Berdarah Indonesia

Melayu itu satu nusantara... merangkumi Solo di filiina hingga ke borneo, Semenanjung Malaysia, Champa di Vietnam, Indonesia... melayu itu luas.. malah indon juga melayu.. bugis juga melayu, minangkabau juga melayu...

melayu adalah peribumi.. tak payah laa nak pening.. banyak banyakkan membaca..
Melayu itu terlalu luas... sehingga anda sendiri tak mampu bayangkan..

10 tokoh Malaysia berdarah Indonesia petikan dari http://www.kaskus.us/showthread.php?t=6210804

1. Tun Abdul Razak

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein Al-Haj merupakan anak sulung Dato' Hussein bin Mohd. Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud. Ia memiliki darah bangsawan Bugis yang datang ke Malaya pada abad ke-19.

2. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, sama seperti Tun Abdul Razak, beliau juga memiliki darah Bugis.

3. Leftenan Adnan

Adnan bin Saidi atau lebih dikenal sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarga keturunan Minangkabau.

4. Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman

Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-10 (26 April 1994 hingga 25 April 1999) dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-4 dan anak dari Yang di-Pertuan Agung yang pertama. Baginda memiliki darah Minangkabau.

5. Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo

Dato' Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo (lahir di Tali Air 2, Ban 4, Sungai Burung, Tanjong Karang, Selangor, 6 Ogos 1965) adalah bekas Ketua Menteri Selangor memiliki jejak keturunan Jawa.

6. Dato' Sri Najib Razak

Anak kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Masih memiliki darah bangsawan Bugis.

7. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim lahir dari pasangan yang berasal dari Minangkabau, Indonesia iaitu Mohammad Yatim@Jatin bin Tahir (ayah) dan Siandam (ibu). Ayahnya seorang pedagang yang berasal dari Palupuh, Agam, Sumatera Barat. Pada tahun 1920-an, ayahnya merantau ke Klang dan terus ke Gagu. Sedangkan Siandam berasal dari Kampung Sipisang, Palupuh, Agam. Ketika berumur belasan tahun, ibunya merantau ke Sungai Serai, kemudian Kampung Katub, Lenggeng dan akhirnya di Jelebu.

8. Raja Melewar

Raja Melewar atau nama sebenarnya, Yang Maha Mulia Paduka Sri Tuanku Sultan Mahmud Syah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pertama yang memerintah dari tahun 1773-1795. Merupakan putera kepada Sultan Abdul Jalil (raja Pagaruyung) dari barat Sumatera yang datang untuk memerintah negeri itu selepas delegasi daripada ketua-ketua tempatan mencari pemimpin baru bagi Negeri Sembilan telah dihantar ke wilayah Minangkabau.

9. Sheikh Muszaphar Shukor

Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan angkasawan Malaysia pertama dikatakan mempunyai darah keturunan Bugis.

10. Syeikh Muhammad Saleh Al-Minankabawi

MENGENAI ulama yang berasal dari Minangkabau ini, masih terdapat beberapa perkara yang masih bersimpang-siur. Terdapat dua nama mengenai orang tuanya, iaitu ‘Abdullah dan Muhammad Thaiyib. Ayahnya yang bernama ‘Abdullah digunakan pada tiga buah karyanya yang telah ditemui. Nama Muhammad Thaiyib pula digunakan sewaktu beliau menjadi Syeikh al-Islam Perak Darul Redzuan. Syeikh Muhammad Saleh dilahirkan di Kampung Tungkar, Luak Tanah Datar, Minangkabau, Sumatera Barat. Muridnya bernama Muhammad Saleh Mandahiling, penulis buku biografinya yang menyebut bahawa Syeikh Muhammad Saleh lahir kira-kira pada tahun 1266 Hijrah. Penulis masih meragui tahun andaian itu, kerana beberapa fakta bertentangan dengan jalan sejarah yang ada hubungan dengannya. Syeikh Muhammad Saleh meninggal dunia pada 17 Zulkaedah 1351 Hijrah/12 Mac 1933 Masihi di Kuala Lumpur.
Read more...

Ibu

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)

AJAIBNYA TANGAN IBU

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Read more...

Isnin, Ogos 01, 2011

Perbezaan Semut & Manusia‏

1. Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.

2. Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”. Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”

3. Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”. Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”. Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

4. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.

5. Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”. Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

6. Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

7. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

8. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.

9. Jawab Imam Suffian:” Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”. Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

10. Kata Saidina Ali kepada Kamil: ” ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN”.
Read more...

Solat Sunat Tarawih

Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.

Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.)

Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu
Dari malam 1 hingga 15 Ramadan
Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab

susunan surah-surah adalah seperti
1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. An-Nasr
10. Al-Lahab

Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas

Dari malam 16 hingga akhir Ramadan

Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab

Read more...

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1432H/2011M

MELAKA
MELAKA

JOHOR

ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR

PERAK
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 7- BUKIT LARUT

SARAWAK
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN

SABAH
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG

TERENGGANU
ZON 3- HULU TERENGGANU

KELANTAN

SELANGOR

PAHANG
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND

WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
LABUAN

PERLIS
PERLIS

NEGERI SEMBILAN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU

KEDAH
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI

PULAU PINANG
PULAU PINANG Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...