Warkah Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a

Khamis, Mac 31, 2011

Pinjaman Kementerian Pelajaran Malaysia

Di sini katakkering hendak berkongsi tentang pembayaran balik pinjaman Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Rasanya dah banyak surat diaorang (KPM) hantar untuk memberi peringatan kepada para peminjam-peminjam yang tegar (termasuk katakkering sekali).

Untuk pengetahuan semua pinjaman ini berjumlah RM4000.00 untuk pelajar sijil Politeknik. Memandangkan pinjaman ini tidak mengenakan faedah (bunga) macam pinjaman yang lain (semua mesti tahu) yang berganda-ganda, para peminjam ini buat endah tak endah untuk membayar balik.

Mungkin ramai antara peminjam yang mungkin tidak tahu langsung untuk menyemak atau membayar balik pinjaman ini. Bersama ini katakkering ingin berkongsi dengan anda semua cara menyemak dan membayar balik pinjaman KPM yang anda pinjam dahulu.

Dahulunya pinjaman ini di uruskan oleh KPM, tetapi sekarang telah di ambilalih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


Laman web KPT

Di laman web KPT anda boleh menyemak dan mengetahui cara-cara bayaran balik pinjaman.

SELAMAT MENCUBA

1 ulasan:

chogeeyoo... berkata...

hai katakkering...juz nak tnya camne kita nak wat pinjamn ngan kpm ni...thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...