Warkah Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a

Isnin, Ogos 17, 2009

Ustaz Asri (Rabbani) Pergi Tak Kembali

Gambar kenangan anggota kumpulan Rabbani

Tanggal hari khamis 13 Ogos 2009 bersamaan 22 Syaaban 1430 H perginya seorang insan seni Ustaz Asri dari kumpulan nasyid popular tanah air, kumpulan nasyid Rabbani pada pukul 10.30 pagi. Arwah sedang mengahadiri raptai dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan ketika hendak memulakan persembahan.

Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam hari tersebut di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21. Sebelum itu, jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini.

Takziah Buat Keluarga Ustaz Asri Ibrahim Rabbani. Semoga Allah merahmati, mengasihi dan mengampuni beliau. Alfatihah.................


Rabbani - Pergi Tak Kembali Lirik

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...