Warkah Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a
Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seram. Papar semua catatan

Rabu, Januari 11, 2012

Filem : Keramat

Di Pawagam 12 Januari 2012

Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Lakonan : Zul Handyblack - Nazmir / Habib (Pelakon Utama), Rabecca - Nur Syazura / Atie (Pelakon Utama), Mon Ryanti - Munirah (Pelakon Utama), Adey Syafrien - Bukhari (Pelakon Pembantu), Putri Mardiana - Dr. Najwa (Pelakon Pembantu), Diana Amir - Mustika (Pelakon Pembantu)

Sinopsis:

Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?
Read more...

Filem : Sesuatu Yang Tertinggal

Di Pawagam 05 Januari 2012

Pengarah :Asrull Hisyam
Syarikat Penerbit :Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Lakonan :Zahiril Adzim - Arshad (Pelakon Utama), Sara Ali - Mona (Pelakon Utama), Shera Aiyob - Zakiah (Pelakon Utama) & Eina - Bella (Pelakon Utama)

Sinopsis:

Filem seram ini mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya.

Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang kemisterian. Mona berubah sikap.

Bella, pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona. Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut paut?
Read more...

Khamis, Mac 24, 2011

Jangan Bermain Kat Luar Bila Maghrib

Itulah pesanan orang-orang tua kita, dari dulu sampai sekarang sama saje bunyi ayatnya. Mungkin tak pernah terjadi apa-apa kata-kata ini di buat endah tak endah.

Terima kasih kepada En. Ahmad koretanisma a.k.a Wak Dojey kerana memberi peluang kepada saya memaparkan gambar ini.

(Ucapan sepatah dua kata dari penangkap gambar (Koretanisma))
Gambar ni diambil pada 23 March 2011, kat kg senibong, permas. Punya seronok sehingga tak terkata kerana setakat ni, ini la outing yg paling merah nampak sunset. selesai dari shoot, balik rumah baru perasan yang kat awan menyerupai macam rupa sesuatu....senyum sinis plak tuh...so? anda sendiri nilaikan...maybe kebetulan sahaja kot

hanya Allah sahaja maha mengetahui
p/s: no heavy editting, hanya betulkan WB sahaja...dan ini dari single exposure

Read more...

Khamis, Februari 25, 2010

Seram - Penunggu Gunung Raya

Pengarah serta pelakon yang membintangi drama penunggu gunung raya



Pat-pat siku lipat,

Siapa cepat, dia dapat…


TV3 melalui slot seram sedang menayangkan drama seram yang bertajuk Penunggu Gunung Raya. Cerita arahan Khabir Bhatia. Lihat di bawah ini sinopsis cerita tersebut.....

Mengisahkan sebuah mimpi misteri yang sering menghantui empat individu, Azam, Intan, Mas dan Omar yang sebenarnya terikat dengan kisah silam masing-masing.

Kisah bermula dengan Azam (Zizan Nin) seorang penulis novel seram yang terkenal tetapi kehidupannya kusut akibat sering diganggu oleh jelmaan bekas teman wanita yang telah membunuh diri kerana terlalu kecewa selepas putus cinta dengannya. Intan (Emelda Rosmila) pula seorang janda muda yang baru kematian suami dalam sebuah kemalangan jalanraya dan dirundung resah gelisah kerana merasakan kandungannya bukan anak manusia. Manakala Mas (Fouziah Gous) pula diburu rasa ketakutan dan bersalah setelah membunuh kekasihnya, Datuk Kadir. Hidup Mas pada dasarnya nampak bahagia kerana dilimpahi kemewahan selepas menjadi perempuan simpanan ahli perniagaan berjaya. Namun, hatinya sentiasa tertekan lantas mengambil tindakan drastik dengan membunuh kekasihnya sendiri. Berbeza pula dengan Omar (Sahee. D), seorang pemaju hartanah yang hanya mementingkan keuntungan dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencari kekayaan. Malangnya, Omar terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sejak cuba menerokai kawsan di Kampung Gunung Raya.

Mimpi-mimpi aneh inilah yang akan menyatukan kembali empat sahabat yang sudah lama terpisah hingga pulang ke Kampung Gunung Raya. Ketika masih kanak-kanak, mereka berempat selalu dibuli oleh anak ketua kampung, Dayak (Atta Imran).

Suatu hari, mereka memperdayakan Dayak ke perigi berhantu yang terletak di tengah hutan. Dayak terjatuh dan mati. Tanpa diketahui, darah Dayak telah membebaskan iblis iaitu Penunggu Gunung Raya yang dikurung dalam peti kuno di bawah perigi. Atas tunjuk ajar Lebai Awang (Rahhim Omar), mereka berjaya menumpaskan iblis tersebut.

Namun, hasil daripada kejadian tersebut telah menyebabkan mereka hilang ingatan dan dihantar ke bandar bagi memulakan kehidupan baru. Namun, Tok Sumun (Rosli Sako) berasa sangsi akan kematian anaknya dan mahu menuntut bela. Maka, Tok Sumun telah menyeru kepada Penunggu Gunung Raya untuk terus mengganggu pembunuh anaknya.

Setelah sekian lama, Azam, Intan, Mas dan Omar kini merasakan nyawa mereka terancam selain diburu rasa ketakutan atas dosa yang dilakukan. Segala misteri dan rahsia asal usul mereka bakal terungkai. Siapakah Lebai Awang sebenarnya dan apakah dendamnya dengan Mak Leha (Ibu Aida) yang telah mengasaskan Kampung Gunung Raya?

Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...