Warkah Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a

Selasa, Disember 22, 2009

Didik Anak Dengan Peribadi Muslim

Kewajipan ibu bapa terhadap anak-anaknya ialah memberikan mereka nama yang baik, membaikkan akhlaknya, mengajar membaca dan menulis, mengajar berenang, mengajar memanah, memberikan makanan yang halal lagi baik, dan menjodohkan mereka apabila mereka telah dewasa. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak secara positif, khususnya dalam pembentukan peribadi dengan sifat-sifat seperti berkeyakinan, memuliakan diri sebagai hamba Allah, menjaga nilai harga diri, bersifat benar, berani dan tenang dalam segala keadaan, Beberapa panduan yang disenaraikan di bawah ini mungkin dapat membantu ibu bapa dalam proses membentuk peribadi anak-anak.


1. Panggillah anak-anak dengan nama yang baik. Jika ada anak yang namanya buruk dan tidak menurut Islam, panggillah dia dengan nama yang bagus dan menurut Islam. Janganlah menghina nama anak yang buruk sehingga anak-anak lain akan meniru dan menolok-olokkan serta menimbulkan kedengkian dan pelbagai penyakit hati.

2. Atur jadual kegiatan anak, misalnya dalam hal makan, tidur, mandi atau kegiatan lainnya terutama untuk anak berusia tiga tahun dan ke bawah.

3. Atur jadual makan anak-anak sesuai dengan perbezaan usia. Misalnya, anak-anak yang berusia tiga hingga enam tahun memerlukan sekitar empat kali makan setiap hari dengan jarak empat jam. Jumlah waktu makan akan berkurang seiring dengan pertambahan usia.

4. Biasakan anak-anak tidur lebih awal. Hindarkan tempat-tempat hiburan yang membuatkan anak terlambat tidur atau hiburan yang merosakkan keperibadian anak-anak.

5. Biasakan anak-anak bersikap jujur dan berani. Biasanya, kejujuran dan keberanian itu hanya akan timbul pada diri anak-anak yang telah dibina dengan sifat tersebut sejak awal. Misalnya, ketika anak-anak tidak berani mengaku telah memecahkan sesuatu benda, katakan padanya, "Jika kamu jujur, ibu akan memaafkan kamu." Sebuah hadis menyatakan :
"Janganlah kamu memukul anak kerana memecahkan wadah. Sesungguhnya wadah itu memiliki batas akhir (ajal) seperti halnya ajalmu."

6. Jauhkan diri daripada bertindak kasar terhadap anak-anak. Tindakan kasar hanya akan menimbulkan dendam dan kebencian dalam diri anak, serta kecenderungan untuk bermusuhan dan berbuat kejahatan. Berhubung dengan memukul anak pula, pukulan tidak boleh lebih daripada sepuluh kali. Dalam sebuah hadis ada disebutkan :
"Tiada pukulan yang melebihi sepuluh kali kecuali menyangkut had-had Allah (pelanggaran terhadap Allah)."

7. Biasakan anak-anak mengasingkan duit belanjanya untuk didermakan kepada orang lain. Hal ini akan melatih anak tidak kedekut dan membiasakan mereka beramal.

8. Terapkan sifat amanah sejak awal kepada anak-anak. Biasakan mereka menghormati milik orang lain, misalnya dengan tidak mengambil barang-barang milik rakan mereka.

9. Nasihatkan anak-anak agar dia tidak meniru perbuatan orang dewasa seperti merokok, mengecat kuku, bersolek dan lain-lain.

10. Sentiasa luangkan masa untuk memeriksa penampilan anak-anak, misalnya dalam hal rambut, kuku, gigi, hidung, telinga, pakaian, kasut, kaki dan sapu tangan.

11. Hindari anak-anak daripada terlibat dengan perselisihan orang dewasa, atau kebiasaan wanita yang berborak panjang lebar kerana hal ini akan mempengaruhi dan berbahaya terhadap keperibadian anak-anak.

12. Biasakan agar anak-anak tidak malas atau banyak tidur melebihi waktu yang sepatutnya. Motivasilah agar mereka membesar menjadi anak yang sihat serta sentiasa ceria dan gembira ketika bermain.

13. Perlakukan anak-anak sesuai dengan perwatakannya tanpa menghilangkan hak anak-anak lelaki dan perempuan. Perlakuan menyamakan anak lelaki dan perempuan merupakan tindakan penzaliman atau penyelewengan terhadap fitrah Allah.

14. Bantulah anak mengulang kaji pelajaran dan hafalan. Jika anak kurang menunjukkan minatnya terhadap konsep-konsep ilmu pengetahuan walaupun telah diberi motivasi seperti pemberian hadiah dan pujian, alihkan perhatian mereka kepada perkara-perkara bersifat profesional seperti bidang kerja yang boleh mereka ceburi.

15. Terapkan adab-adab seharian agar menjadi amalan mereka seperti adab makan dan adab tidur disertai dengan doa-doa ketika melakukan sesuatu pekerjaan

16. Pisahkan tidur anak lelaki dan perempuan ketika mereka berusia 10 tahun. Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka jika pada usia 10 tahun mereka meninggalkan solat. Serta pisahkanlah mereka (anak lelaki dari anak perempuan) ketika tidur."

17. Tanamkan dalam jiwa anak-anak kebiasaan untuk menyingkirkan benda-benda bahaya yang menghalangi jalan seperti kaca, sisa-sisa makanan, kayu dan lain-lain dengan membuangnya ke tempat yang selamat.

18. Kenalkan kepada anak-anak cerita-cerita Islam seperti kisah peperangan yang berlaku pada zaman Nabi yang dapat membina sifat berani dalam diri mereka dan kebanggaan terhadap pahlawan-pahlawan Islam.

19. Pastikan anak-anak membaca doa sebelum keluar rumah. Dengan demikian, anak tersebut telah diamanahkan kepada Allah yang tidak mensia-siakan apa yang telah diamanahkan kepadanya. Biasakan juga anak-anak memberi salam ketika keluar rumah.

20. Jauhkan anak-anak daripada bentuk nyanyian yang menyesatkan dan tidak bermanfaat. Biasakan mereka dengan nyanyian atau cerita yang sesuai dengan ajaran Islam. Misalnya nasyid-nasyid yang mengandungi puji-pujian kepada Allah dan Rasulnya."
Read more...

Selasa, Disember 15, 2009

Mewarasi Kemarahan, Bagaimana?

Marah menjadi sejenis emosi negatif jika tidak dikawal. Petrol di dalam botol dibakar semberono boleh meletup membunuh, petrol di dalam enjin dibakar secara terkawal dan berseni (cam campro CPS) menghasilkan pacuan tork yang tinggi.

We cannot manage/control thing we cannot measure. We cannot measure thing that we don't know. Jadi apakah marah itu?

Marah adalah hasilan daripada konflik antara akal dan realiti yang menimbulkan gangguan pada fisiologi – emosi. Emosi ini pula akhirnya mengganggu akal. Seperti arus hasilkan haba, haba itu pula hasilkan rintangan pada arus.

Kita boleh merasai marah tetapi sampai satu-satu tahap sahaja sebelum kita dirasuk jin Bukit Tengkorak mengamuk dan sedar-sedar kekasih hati di depan sudah merah meleleh air matanya.

Emosi benar-benar menggelapkan akal, bukan?

Ketika marah akal menjadi pendek bahkan gila. Apa tidak gila kalau marahkan suami pinggan mangkuk dipecahkan? Betul tak? Marahkan orang di telefon, telefon itu yang dihempas ke dinding sampai berkecai. Ish, tak logik betul! Marahkan isteri, isteri itu dilempangnya, apa tidak gila? Marah isteri kerana apa? Kerana sayang! Kalau sayang kenapa lempang? Marah! Bukan marah tapi gila. Kalau marah sebab sayang, ada cara-caranya.

Emosi mengaburi akal menjadikannya hampir gila atau gila terus.

Jadi ketika akal kita digelapkan emosi amarah, bagaimana kita nak bersikap rasional? Tentulah tidak boleh bukan? Akal dah gelap, kita nak berfikir macam mana?

Maka kita kena tahu bahawa kita bukan akal kita. Akal cuma anggota seperti tangan dan kaki yang perlu ada ‘kita’ untuk gerakkan ia atau diamkan ia. Di sini, kita perlukan kuasa hati (Emotional Intelligence, EQ). Ketika marah membuak-buak, akan ‘tercetus’ di akal kita untuk maki hamun, sepak terajang, pecah barang, atau mengamuk. Apakah semua yang dicetuskan akal itu perlu kita 'ikut'?

Cetusan & perbuatan. Di antara keduanya hati berdiri.

Kita sudah biasa merasai ruap-ruap marah biasa yang boleh kita tahan. Kali ini saya cuma mahu korang merasai ruap-ruap atau aura-aura marah gila yang melebihi tahap normal itu. Girls yang tengah period tu memang 'spesimen' terbaik untuk latihan ini.

Terlebih dahulu, ringkas berkenaan hati. Hati (EQ) berfungsi mengawal akal. Hanya 'hati' mampu mengawal 'diri' dari mengikut kata 'akal'.

(diri = kamu yang nampak di dalam cermin seketul itu tolak jasad kamu tolak minda kamu tolak perasaan hati kamu = the soul, the spirit, ruh yang ditiupkan)

Hati lemah, orang akan jadi panas baran. Hati lemah bermakna EQ lemah iaitu ketidak-upayaan mengawal emosi-emosi yang dicetuskan oleh ketidak-serasian akal dan realiti.

Akal memantikkan bahawa kita sepatutnya dipuji tetapi realitinya saat ini kita dikeji, akal akan mencetuskan pemberontakan. Hati yang lemah akan mengikut. Hati yang kuat akan mengawal cetusan-cetusan akal dan menjernihkan emosi untuk memikirkan perkara-perkara yang lebih luas yang boleh difikirkan terang-terang ketika tidak marah.

Untuk mengawal marah kita perlu tahu untuk 'mengukur' marah itu. Bagaimana? Suhu diukur pada pengembangan merkuri. Tekanan udara diukur dengan turus air. Marah hendak diukur pada apa?

Ya, tahap gangguan fisiologi itu sendiri. Aliran darah menderau-derau, pengembangan bronkus dan bronkiol paru-paru sampai bernafas semacam naga, remangan roma, kekacauan akal yang mendesak-desak aksi-aksi sadis seperti menengking, menyumpah, merosakkan, menampar dan sebagainya, dan juga haba pada telinga barangkali boleh. Ini semua fisiologi dalaman yang boleh korang rasakan dan pastikan sendiri.

Maka selepas ini kalau ada orang buat korang marah. Gila-gila punya marah. Di saat itu, di saat dia memaki korang, di saat dia menampar korang, di saat dia menghempas fail di atas meja korang, di saat telinga korang berdesing "Zziiiiiiinnggggg..."; cuba buat perkara-perkara berikut:

1) Diam. Cuma diam. Jangan bercakap. Jangan berpaling. Jangan gerakkan kaki dan tangan. Just don’t do anything. Sebaliknya, rasai apa yang sedang berlaku di dalam diri. Rasai sebaiknya. Hayati rasa-rasa itu menyelinap. Di telinga, di paru-paru, di tangan dan di kepala yang paling penting.

2) Untuk menghayati rasa-rasa ini korang perlu sedar, sensitif, dan otak korang pada saat itu tidak boleh membuat sebarang proses berfikir (computation), berkhayal atau mengakses memori-memorinya. Jangan hairan, otak yang sibuk mengakses memori membolehkan korang memandu sejauh 10km tanpa sedar tetapi tepat. Ketika marah dan diam itu jangan benarkan otak mengakses memori supaya ia boleh mengakses perkara-perkara yang sedang terjadi iaitu rasa-rasa mencucuk di dalam diri agar akal korang boleh manganalisa rasa-rasa itu.

3) Selepas hamba Allah itu selesai urusannya membuat korang marah itu, cepat-cepat tulis satu persatu ayat-ayat ‘lahanat’ yang mahu korang hamburkan tetapi korang diamkan untuk merasai emosi gila tadi.

4) Selepas puas hati, pergi ambil wuduk, ambil oksigen segar, dan tengok kembali ayat-ayat ‘lahanat’ tadi. Cuba gubah untuk jadi baik sikit. Cuba fikir kelemahan beliau yang marah korang tadi, mak abah beliau, kucing beliau, bulu ketiak beliau yang berjerubu tidak sempat dicukur, perkara-perkara bodoh yang beliau buat atau dibuat ke atas beliau.

5) Ada perbezaan pada dua versi ayat tersebut? Praktis membuahkan kesempurnaan (practice make perfect). Lama-lama korang boleh melakukan ini di dalam satu nafas.

6) Jumpai beliau dan bincang dengan baik.

Bos saya pernah dimarahi kontraktor yang punya banyak alasan untuk melengahkan kerja. Kontraktor yang dapat kontrak daripada syarikat kami, boleh dia marah klien dia. Anehnya, saya yang panas telinga mendengarnya, bos saya boleh senyum. Kemudian dia berkata, “terima kasih, encik pun tahu saya boleh batalkan kontrak ni bila-bila masa. Saya rasa kontrak ini saya akan batalkan. Terima kasih datang.”

Semasa dua hari Absyar bayi comel saya pulang ke rumah, sukar untuk isteri saya bagi dia susu badan. Kekok isteri saya satu hal, kekok budak tu nak menghisap pun satu hal. Melihatkan senario itu entah kenapa saya jadi emosional. Rasa nak marah. Panas. Anak lapar dan menangis. Sampai kata-kata pun jadi sedikit meninggi menyuruh isteri saya betulkan sini, ampu sana, tonyoh sini. Menyedari serangan emosi, saya keluar daripada bilik. Sedut oksigen, basuh muka dan kendurkan paru-paru. Lima minit saya dapatkan isteri saya balik untuk membantu dia menyusukan Absyar sambil senyum.

Sampai sekarang ni bila laptop ni buat hal, pernah juga saya tekan-tekan ctrl alt del semacam orang gila. Hish. Nafsu memang azali dalam badan, rendam dalam neraka ribu-ribu kali pun tak mati dia.

Bila dah dapat anak ni, saya mulai sedar untuk mendidik diri agar menangani anak itu bukan dengan emosi tetapi cinta.

Kadang-kadang memang kita marah sebab sayang anak. Tetapi itu ‘general/overall mental statement’ yang kita boleh jawab bila-bila masa apabila ditanya, saat waras. Yang dipertikaikan di sini, adalah ketika atau di saat-saat marah itu sendiri. Ketika marah itu, ketika kita mengangkat tangan untuk memukul itu, adakah sebab sayang atau melepas geram?"
Read more...

Rabu, Disember 02, 2009

Aduhai Pemandu Malaysia

MASIH teringat kata-kata Tun Abdullah Ahmad Badawi: "Daripada segi kemudahan infrastruktur, negara ini mempunyai kemudahan kelas pertama dunia, namun sikap masyarakat yang menggunakannya masih pada tahap mentaliti kelas ketiga."

Pada penulis inilah keadaan sebenar jika mahu dirungkai mengenai episod kematian lebih 200 nyawa sepanjang Ops Sikap yang dilancarkan sempena musim perayaan Aidilfitri lalu.

Kita boleh bina infrastruktur dan sistem jalan raya sebaik mana sekalipun. Namun sikap gelojoh dan suka menunjuk lagak di atas jalan raya masih menjadi ciri dominan sebahagian besar pemandu di negara ini.

Benarlah kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Jika dikenakan hukuman bunuh sekalipun, sikap pemandu super hero di negara ini tidak akan berubah.

Pemandu Malaysia boleh menjadi pekerja yang kreatif, seorang petugas yang berdedikasi dan berdisiplin atau individu yang warak. Tetapi apabila memandu di jalan raya, entah apa yang merasuk mereka.

Pelbagai tabiat serta kesalahan asas yang mengundang bahaya kepada nyawa orang lain dilakukan berulang kali tanpa ada rasa bersalah atau insaf akan kesalahan tersebut. Perhatikan kesalahan asas ini, yang nampak remeh dan kecil tetapi menimbulkan bahaya besar kepada nyawa pengguna jalan raya.

Pengamatan penulis dalam tempoh seminggu berhari raya di rumah sanak-saudara dan melalui lebuh raya mahupun jalan persekutuan dan jalan negeri di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang mendapati kesalahan-kesalahan berikut dilakukan oleh kebanyakan pengguna jalan raya.

1. Memandu melebih had laju yang dibenarkan

2. Menggunakan telefon mudah alih semasa memandu

3. Memotong di garisan berkembar

4. Tidak memakai tali pinggang keledar sama ada pemandu, penumpang di bahagian depan mahupun belakang.

5. Memandu perlahan di lorong sebelah kanan.

6. Memandu terlalu perlahan di lorong sebelah kiri, ibarat sedang bersantai sehingga menyusahkan pengguna lain.

7. Mengikuti terlalu rapat kenderaan yang ada di hadapan.

8. Tidak memakai topi keledar bagi penunggang motosikal.

9. Membelok secara tiba-tiba tanpa memberi lampu isyarat untuk membelok

10. Memandu sesuka hati, tidak sabar dan suka memotong barisan khususnya sewaktu hendak membayar tol.

Jika mahu disenaraikan kesalahan lain, memang masih banyak. Sindrom "mabuk lemang dan ketupat", seakan-akan menghantui pemandu pada musim perayaan ini.

Apa yang dikesalkan, penulis dapati ramai pemandu bersikap terburu-buru memandu kenderaan mereka, seolah-olah ingin cepat sampai ke destinasi.

Timbul persoalan di benak penulis, apakah sikap rakyat begitu hipokrit. Begitu ghairah untuk beraya, untuk memohon ampun dari sanak saudara dan menziarahi kaum kerabat dan hanya mahu cepat sampai. Sedangkan dalam masa yang sama, nyawa diri sendiri dan pengguna lain tidak diperhitungkan?

Kenapa kita begitu ghairah untuk cepat sampai? Apa yang hendak dikejar dan apakah usaha menghubungkan silaturahim, menziarahi kaum keluarga dan usaha memohon maaf, hanya dihadkan satu hari di hari raya? Bukankah proses memohon maaf, menyambung silaturrahim ini perlu dijaga sepanjang masa?

Atau, ramai pemandu beranggapan, "biarlah aku membuat dosa dan menyakiti hati kawan rakan dan saudara mara, selama 364 hari kerana baki sehari lagi yakni di hari raya, aku boleh memandu sesuka hati dan cepat sampai untuk memohon maaf di atas segala kesalahan yang aku lakukan".

Inilah budaya tidak toleran. Budaya meraikan Aidilfitri yang tidak kena pada tempatnya.

Apa yang lebih menghairankan, kita boleh nampak pemandu berhabisan beribu ringgit untuk aksesori kereta, membeli kereta baru, berpakaian baru, namun tidak nampak pula akan pembaharuan sikap bila memandu.

Apakah tahun demi tahun kita akan terus berbangga dengan menghitung statistik terkini menunjukkan angka korban.

Satu kematian sia-sia, yang bukan pun akibat mempertahankan negara daripada serangan musuh, sebaliknya gejala 'membunuh diri' di jalan raya, kesan kealpaan dan sikap lalai diri sendiri.

Kempen sudah, peringatan pun sudah, entah bila sikap pemandu bakal berubah.

Hukuman, penguatkuasaan, beribu-ribu saman dan kompaun dikeluarkan, namun semua itu dipandang enteng dan remeh.

Barangkali juga, sikap toleransi penguatkuasa undang-undang seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya yang tidak membuat sekatan jalan raya kerana dikhuatiri mengundang kesesakan lalu lintas musim perayaan ini diambil kesempatan oleh ramai pemandu.

Apa pun jua, Malaysia akan terus tercatat dalam senarai sebagai antara negara yang mempunyai jumlah korban paling tinggi akibat kemalangan jalan raya, satu rekod memalukan bangsa dan negara.

Pendekatan progresif, agresif dan lebih keras perlu disusun mulai sekarang, bagi menghadapi episod kematian sia-sia ini pada musim perayaan akan datang.

Jika hukuman dan penguatkuasaan gagal memberikan impak atau kesedaran, ubah kaedah, cari mekanisme baru.

Paling ideal, mengharamkan sebarang kenderaan persendirian menggunakan jalan raya dua hari sebelum raya dan dua hari selepas raya, sebaliknya pihak kerajaan menyediakan bas sebanyak mungkin, atau kenderaan awam bagi sesiapa sahaja yang mahu bergerak atau beraya ke rumah saudara mara.

Memang nampak susah, kurang praktikal, namun pemandu negara ini wajar didisiplinkan.

Rakyat negara ini wajar dididik untuk tidak lagi menjadi 'hero' di jalan raya, sebaliknya lebih menghargai nyawa sendiri, kaum keluarga dan kesannya kepada orang lain.

Jika tidak, sampai bila-bila angka korban, statistik kemalangan akan terus menjadi bahan media dan tontonan masyarakat dunia. Dan tentulah perkara ini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Malaysia.

dicilok dr Utusan
kredit to penulis: SOBRI SUDIN.
Read more...

TIGA BELAS AURAT WANITA

TIGA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari , Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari .

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka ( perempuan ) menghentakkan kaki ( atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An- Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis
Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban .

4. Dada - Hendaklah mereka ( perempuan ) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An- Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At- Thabrani , Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu ( perempuan ) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu . Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih bai k daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,
Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang bai k - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka mas uklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan mas uk Syurga dan tidak akan mencium baunya. Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Wanita-wanita yang dikasihi sekelian..tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikan kita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, bai k atau buruk diatas rahmat Dia
dan bagaimana buku amal kita diterima kelak. Jangan tunggu apa lagi, kita tidak pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah..para isteri, tidak sayangkah anda pada suami2 anda? suami2 anda akan ditanya, dipersoalkan kelak dihadapan Allah..kasihan pada mereka..suami- suami? tidak cintakah lagi pada isteri? isteri anda akan menerima azab yang berat di akhirat..Na' uzubillahhimin zaliq..bersama- samalah kita berpesan untuk ke bai kan bersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri serta tidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifat kaum-kaum yang beriman..

Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina 'azabannar. Amin.
Wallahuta'ala ' alam ..
Read more...

Petua Mencuci Hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan

3 Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4 Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5
Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-mendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, teling
a, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."
Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...