Warkah Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a

Jumaat, Ogos 07, 2009

PM: Influenza A (H1N1) Kini Ancaman Serius

07 Ogos, 2009 15:11 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata wabak influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat kepada 14 sehingga semalam dan banyak sekolah dan institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan."Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di sini pada hari Jumaat.

Selain menangguhkan kegiatan di kawasan umum, Najib berkata langkah pencegahan daripada segi kebersihan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada atau hadir dalam majlis yang terbuka."Dari segi kesihatan kebersihan, kita hendaklah selalu mencuci tangan. Sebelum saya masuk tadi, saya telah cuci tangan sebab saya telah bersalaman dengan begitu ramai orang," kata Perdana Menteri."Kalau kita perlu memakai topeng, pakailah. Tidak ada apa-apa kerugian," katanya.Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata rakyat harus menghormati peringatan yang diberikan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah mengenai tujuh wasiat Raja-raja Melayu.

Beliau berkata ini adalah kerana pertautan di antara raja dan rakyat penting dan telahpun termaktub dalam sejarah Melayu.Katanya, di antara rakyat dan raja, masing-masing mempunyai tanggungjawab dan peranan tertentu dalam sesebuah negara."Kita hormatilah pandangan Raja-raja Melayu dan yang penting sekali ialah institusi diraja ini adalah berpaksi kepada dukungan rakyat dan juga pertautan antara raja dan rakyat itu penting," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah yang mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.Wasiat itu disampaikan semasa Raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.--BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...