Warkah Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a

Khamis, Disember 30, 2010

Harimau Membaham Garuda

AKHIRNYA kekecewaan skuad 1996 berjaya ditebus.

Demikian ungkapan pertama bekas penjaga gol negara, Khairul Azman Mohamed selepas anak buah K Rajagobal berjaya menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi, apabila menundukkan Indonesia menerusi agregat 4-2.

Bagi bekas pemain yang pernah menjaga gawang negara pada aksi final 1996 di kejohanan sama sebelum tewas 0-1 kepada Thailand itu, kemenangan itu juga membuka era baru dalam landskap bola sepak negara.

“Tahniah dan terima kasih kepada skuad negara atas kemenangan ini kerana ia secara tidak langsung menebus kekecewaan skuad 1996. Bukan mudah untuk mencapai tahap seperti ini.

“Cuma ingatan saya selepas ini jangan mula lupa diri, sebaliknya teruskan kecemerlangan ini untuk tempoh yang lebih lama kerana peluang barisan muda yang ada ketika ini cukup cerah pada masa depan.

“Kemenangan ini juga membuka lembaran baru dalam era bola sepak moden negara dan seperti yang saya katakan sebelum ini, harap barisan sedia ada ini terus dikekalkan,” katanya.

Khairul Azman juga pantas menghamburkan pujian terutama kepada barisan pemain pertahanan serta penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat pada aksi final kedua malam tadi yang disifatkannya cukup hebat.

“Khairul Fahmi mungkin melakukan sedikit kesilapan, tapi secara keseluruhan dia sudah mempamerkan aksi terpuji manakala barisan pertahanan, tengah dan jentera serangan juga layak diberi pujian.

Pada aksi final 1996, skuad negara yang ketika itu dibimbing Wan Jamak Wan Hassan kecewa kerana tidak dapat menjulang piala berkenaan selepas tewas menerusi jaringan tunggal penyerang Thailand, Kiatisuk Senamuang.

Read more...

Khamis, Disember 23, 2010

Sultan Yang Setan

HIDUP JOHOR

Pengendali facebook hina sultan di tahan

Read more...

AutoCAD 2011


Antara paparan AutoCAD 2011





Read more...

Selasa, Disember 21, 2010

Jawatan Kosong Pembantu Am Pejabat Gred N1


Kekosongan Jawatan PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 di bahagian-bahagian dan Jabatan-Jabatan Pelajaran Negeri di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Permohonan adalah dipelawa terdiri daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang tersebut di bawah:-

1. Pembantu Am Pejabat Gred N1

DOWNLOAD IKLAN

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan atas talian yang boleh di layari di http://www.moe.gov.my/emohonpap/


Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2010.

Read more...

Cara-Cara Mempamerkan Banner Rakan-Rakan Di Blog Sendiri

Setelah berhempas pulas selama 2 hari (waktu pejabat) akhirnya katakkering berjaya membina scroll box untuk memuatkan banner rakan-rakan katakkering. Di sini katakkering ingin berkongsi dengan anda semua tentang cara-cara memasukkan banner rakan-rakan anda ke blog anda sendiri.

Cara-caranya adalah seperti berikut:-

1. Tentunya anda mempunyai blog sendiri.
2. Pastikan anda mendapatkan code html kawan anda itu. Kalau susah sangat copy jer code banner katakkering kat sebelah tu.
3. Sign in pada blog anda dan pergi ke design dan add gadget.
4. Tekan + pada HTML/JavaScript
5. Masukkan title yang anda kehendaki.
6. Copy code html berikut :


<div style="width:350px;height:200px;overflow:auto;border-width:2px;border-color:000000;border-style:solid;">masukkan code html anda di sini</script></div>

7. Masukkan code html rakan-rakan anda tadi ke text yang berwarna merah.
8. Anda hanya boleh tukar nombor seperti width (tebal kotak), height(tinggi kotak), boder-width(tebal garisan kotak) dan border-color (kod warna kotak) yang lain seperti px tidak boleh ditukar.
9. Copy
pada akhir code html yang anda masukkan.
9. Tekan button save dan anda boleh melihat hasilnya. Read more...

Khamis, Disember 16, 2010

Bersikap Adil

Adil atau keadilan adalah sebuah kata yang tidak asing lagi bagi kita semua.

Imam al-Mawardi (salah seorang ulama pengikut madzhab Imam asy-Syafi'i) berkata, dalam kitab beliau yang berjudul Adab ad-Dunya wa ad-Diin, "Sesungguhnya di antara perkara yang dapat membuat baik keadaan dunia ini adalah keadilan yang menyeluruh dan mencakup semua sisi kehidupan. Keadilan akan mengajak manusia untuk berbuat baik terhadap sesama, membangkitkan semangat untuk melakukan ketaatan kepada Allah Ta'ala. Dengan keadilan, dunia akan dipenuhi dengan kemakmuran, harta benda akan berkembang dan bertambah banyak, penguasa akan merasa aman dan pemerintahannya akan berumur panjang. Tidak ada sesuatu yang lebih cepat menghancurkan dunia dan merosak serta mengotori hati-hati manusia daripada kezaliman yang merupakan lawan dari keadilan."

Adil adalah memutuskan perkara sesuai dengan ketentuan Allah Ta'ala dalam al-Quran dan ketentuan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam as-Sunnah, bukan hanya sekadar bergantung kepada akal manusia semata. Dengan pengertian ini dapat kita katakan bahawa hukum Allah memberikan kepada anak laki-laki sebanyak dua bahagian anak perempuan dalam masalah pembahagian harta warisan adalah hukum yang adil. Begitu pula hukum Allah membolehkan poligami dan mengharamkan poliandri dalam masalah pernikahan adalah hukum yang adil.

Adil juga didefinisikan sebagai sikap pertengahan antara meremehkan dan berlebih-lebihan dalam suatu perkara.

Adil merupakan salah satu sifat dari sifat Allah Ta'ala, sebagaimana adil juga merupakan salah satu sifat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Dalam sebuah hadith yang shahih, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda, "Maka siapakah yang dapat berbuat adil jika Allah dan rasulNya (dianggap) tidak berbuat adil?" (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Seorang muslim memandang keadilan secara umum adalah termasuk kewajipan yang paling utama dan pasti, sebab Allah Ta'ala memerintahkan setiap muslim untuk berlaku adil di dalam firmanNya, "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat." (QS. an-Nahl: 90)

Allah Ta'ala mengakhbarkan bahawa Dia mencintai orang-orang yang senantiasa berbuat adil dalam firmanNya, "Dan berlaku adillah; Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil." (QS. al-Hujurat: 9)

Allah Ta'ala memerintahkan kita untuk berbuat adil di dalam perkataan dan di dalam menetapkan hukum. Allah Ta'ala berfirman, "Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu)" (QS. al-An'am: 152)

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil." (QS.an-Nisa': 58)

Oleh kerana itu, seorang muslim yang baik akan selalu berusaha untuk dapat berbuat adil dalam perkataan maupun dalam perkara hukum. Ia akan senantiasa berbuat adil dalam segala urusannya sampai keadilan menjadi akhlak yang tidak terpisahkan darinya. Ia akan menjauhi segala macam bentuk ketidakadilan, kesewenang-wenangan, kezaliman dan penyelewengan. Ia menjadi orang yang adil yang tidak condong kepada hawa nafsu, syahwat dan fitnah dunia.

Oleh kerana itu, ia berhak mendapatkan redha dan kecintaan Allah Ta'ala serta kemuliaan dan kenikmatan dariNya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda, "Sesungguhnya orang-orang yang adil di sisi Allah disediakan bagi mereka mimbar-mimbar dari cahaya di sisi kanan (Allah) Yang Maha Pemurah, Maha Agung lagi Maha Tinggi -dan kedua tanganNya adalah kanan-. Mereka adalah orang yang adil dalam menetapkan hukum, adil terhadap keluarga dan adil dalam kekuasaan." (HR. Muslim [1827])

Dalam hadith yang lain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda, "Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada (hari kiamat), hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya: imam yang adil, pemuda yang tumbuh dalam ketaatan kepada Allah, ." (HR. al-Al-Bukhari [660])

Keadilan memiliki banyak aspek yang dapat ditunjukkan, antara lain:

a. Adil terhadap Allah Ta'ala, iaitu dengan tidak berbuat syirik dalam beribadah kepadaNya, mengimani nama-namaNya dan sifat-sifat-Nya, mentaatiNya dan tidak bermaksiat kepadaNya, senantiasa berzikir dan tidak melupakanNya serta mensyukuri nikmat-nikmatNya dan tidak mengingkarinya.

b. Adil terhadap sesama manusia, iaitu dengan memberikan hak-hak mereka dengan sempurna tanpa menzaliminya, sesuai dengan apa yang menjadi haknya.

c. Adil terhadap keluarga (anak dan isteri), iaitu dengan tidak melebihkan dan mengutamakan salah seorang di antara mereka atas yang lainnya atau kepada sebahagian atas sebahagian yang lainnya.

d. Adil dalam perkataan, iaitu dengan berkata baik dan jujur tidak berdusta, berkata kasar, bersumpah palsu, mengghibah saudara seiman dan lain-lain.

e. Adil dalam berkeyakinan, iaitu dengan meyakini perkara-perkara yang disebutkan dalam al-Qur'an dan as-Sunnah yang shahih dengan keyakinan yang pasti tanpa keraguan sedikitpun dan tidak meyakini hal-hal yang tidak benar yang menyelisihi keduanya.

f. Adil dalam menetapkan hukum dan memutuskan perselisihan yang terjadi antara sesama manusia, iaitu dengan menjadikan al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai sumber hukum dan pemutus perkara tersebut.

Di antara Buah Keadilan :

a. Orang yang adil akan mendapatkan keamanan di dunia dan akhirat.

b. Apabila orang yang adil berkuasa, maka keadilannya akan memelihara kekuasaannya.

c. Keredhaan dari Allah Ta'ala terhadap orang yang adil.

d. Orang yang adil tidak akan mengganggu dan menyakiti orang lain ataupun makhluk lainnya.

e. Pemilik sifat adil berhak untuk mendapatkan kekuasaan, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi di dunia dan akhirat.

f. Keadilan akan membawa pemiliknya untuk berpegang teguh dengan kebenaran dan meninggalkan kebatilan tanpa ada basa-basi.

g. Keadilan dalam Islam mencakup segala sisi kehidupan.

h. Keadilan merupakan jalan menuju syurga.

Abu Hurairah radhiallahu 'anhu meriwayatkan sebuah hadith dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bahawa beliau pernah bersabda, "Pernah ada seorang lelaki yang membeli sebidang tanah dari seseorang. Kemudian sang pembeli menemukan dalam tanah tersebut sebuah bejana berisi emas. Ia pun berkata kepada sang penjual tanah, "Ambillah emasmu ini dariku kerana sesungguhnya aku hanya membeli tanah darimu dan tidak membeli emas ini!" Sang penjual berkata, "Sesungguhnya yang aku jual kepadamu adalah tanah dan apa yang ada di dalamnya." Kedua orang itu pun pergi menemui seorang hakim untuk memutuskan perselisihan yang terjadi di antara mereka. Sang hakim bertanya kepada keduanya, "Apakah kalian berdua memiliki anak?" Salah seorang dari keduanya menjawab, "Saya memiliki seorang anak laki-laki." Adapun yang lainnya menjawab, "Saya memiliki seorang anak perempuan." Sang hakim pun berkata, "Kalau begitu, nikahkanlah anak-anak kalian! Kemudian manfaatkanlah emas ini untuk memenuhi keperluan mereka berdua dan bersedekahlah darinya!" (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Wallahu’alam

Read more...

Tepung

Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). Beberapa bulan kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dan memenatkan. In sya-Allah hujung November saya dapat berehat dan dapat menulis lebih banyak artikel.

Dua hari lepas alhamdulillah saya dan isteri dapat berkunjung ke rumah kakak sulung saya. Kakak saya ini sudah uzur maklumlah usia sudah melebihi 60 tahun. Abang ipar saya sudah berusia 68 tahun tetapi alhamdulillah kelihatan masih segak. Kakak dan abang ipar saya ini tinggal di Felda dan menjalankan kedai runcit di hadapan rumahnya. Dalam kunjungan saya kali ini, saya terserempak dengan satu pasangan yang juga bertamu ke rumah kakak saya ini.

Pasangan ini dari kalangan orang berada berjawatan besar dan memandu kereta mewah. Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah berkenaan tetamu sang suami. Sang suami yang saya namakan Mr Y ini adalah orang penting di salah sebuah kilang pengeluar tepung gandum. Dengan kesempatan yang diberikan Allah SWT ini, saya mengambil peluang untuk bertanya berbagai soalan berkenaan tepung gandum..

Maklumat pertama yang saya perolehi dari Mr Y ini ialah bahawa tepung gandum bersubsidi adalah dari jenama Cap Kunci yang boleh dibeli di pasaran dengan harga sekitar RM1.45 manakala tepung dari jenama lainnya adalah tidak bersubsidi dan dijual pada harga sekitar RM2.80. Apa yang saya ingin kemukakan sebagai satu persoalan ialah mengapakah rakyat marhaen tidak berpeluang untuk membeli tepung Cap Kunci ini? Pekedai terutama pekedai kecil yang memerlukan tepung Cap Kunci untuk membuat roti canai juga menghadapi masalah besar untuk mendapatkannya di pasaran. Agaknya siapakah yang berjaya membeli tepung Cap Kunci ini??

Seterusnya saya bertanya bagaimana tepung gandum dihasilkan. Mr Y menjelaskan dengan terperinci proses bagaimana tepung gandum ini dihasilkan termasuk bagaimana tepung ini dilunturkan warnanya. Apa bila tiba bab ini, saya mencelah menceritakan bagaimana bahan kimia BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat.

Mr Y menjelaskan kepada saya bahawa bahan kimia BP ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit. Mr Y menambah cerita bahawa kilang dimana beliau bekerja adalah satu-satunya kilang yang tidak menggunakan BP untuk memutihkan tepung. Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia BP..

Bagusnya Singapore, mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya tetapi mengapa Malaysia terus menzalimi rakyatnya dengan membenarkan jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya BP ini?? Saya cukup merasa seronok kerana mengetahui ada jenama tepung gandum di Malaysia yang tidak mengandungi bahan kimia BP yang merbahaya ini.

Demi untuk mengesahkan cerita dari Mr Y ini saya masuk ke kedai kakak saya untuk mengambil beberapa bungkusan tepung gandum yang dikeluarkan oleh kilang Mr Y bekerja. Saya membuat semakan pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan tiada perkataan "Benzoyl Peroxide" di luarnya. Setelah puas menyemak, saya begitu terkejut apabila melihat bungkusan ini tertera "mengandungi Benzoyl Peroxide". Mr Y lebih terkejut kerana pada sangkaannya kilang dimana beliau bekerja tidak menggunakan BP untuk melunturkan tepung gandum. Selain terkejut, Mr Y amat malu apabila sangkaannya bahawa kilang tepung tempat beliau bekerja tidak menggunakan BP adalah meleset.


Semalam saya mengGoogle untuk mencari bacaan tambahan tentang BP dan berikut adalah antara dapatan saya:

1. Dari < http://getacnetreat / > http:// getacnetreat ments..com/review/benzoyl- peroxide/ Benzoyl Peroxide Benzoyl Peroxide is a highly potent chemical often used in low concentrations as an acne treatment. Benzoyl Peroxide basically works as a peeling agent, stripping dead skin cells and killing bacteria within pores. Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive, toxic, and is suspected of being a possible tumor promoter. Although Benzoyl Peroxide is generally considered safe at low concentrations, since it breaks down in contact with skin, it is known for causing nasty side effects such as hives, swelling of the face, itching, and dry and peeling skin. It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when it comes in contact with clothing and hair.

2. Dari < http://msds/ > http://msds . chem.ox.ac . uk/BE/benzoyl_ peroxide.html Benzoyl Peroxide Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE Toxicology Possible tumor promoter. May act as a mutagen. Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with skin. Eye, skin and respiratory irritant. Typical TLV 5 mg/m3.

3. Dari <
http://pesticideinf / > http:// pesticideinf o.org/Detail_ Chemical. jsp?Rec_Id= PC37521 Toxicity to humans, including carcinogenicity, reproductive and developmental toxicity, neurotoxicity, and acute toxicity.

4. Dari <
http://ptcl/ > http://ptcl . chem.ox.ac . uk /~hmc/hsci/ chemicals/benzoyl_peroxide .html *** Benzoyl peroxide presents a number of hazards.. Firstly, it is potentially explosive when mixed with organic material. Friction or grinding may also be sufficient to make it explode. *** The compound is very flammable. *** Benzoyl peroxide is toxic if you breathe it in, and may be harmful if you swallow it or get it on the skin. *** In addition, benzoyl peroxide may act as a tumor promoter.

Daripada keterangan dari 4 laman web di atas dapat dijelaskan bahawa Benzoyl Peroxide adalah :

* Bahan toksik * Bahan penggalak tumor
* Boleh menyebabkan alahan pada kulit

* Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

* Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini. Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan s ebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah). BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan. Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.

Saya sebagai seorang yang pernah mengalami "acute gout" sudah masak benar dengan kesan negatif tepung putih ini ke atas pesakit gout. Sesiapa yang menghidap penyakit gout, sila buat eksperimen ini.

· Sebagai permulaannya, kawallah permakanan sehingga gout anda berkurang dan hampir tidak ada.

· Setelah itu, makanlah makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee kuning atau roti canai dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah kesannya.

· In sya-Allah dalam tempuh 24 jam, pesakit gout akan mengalami simptom gout yang serius. Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide.

Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen yang sama seperti di atas tetapi menggunakan pula spageti atau makaroni atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat daripada gandum juga namun tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide. In sya-Allah eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom gout.


Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan gandum yang membahayakan pesakit gout namun ialah kandungan benzoyl peroxide di dalam tepung gandumlah yang membahayakan pesakit gout. Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide yang merbahaya, kandungan aid borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah kepada pesakit gout. Bagi pesakit gout, bacalah dan amalkanlah saranan saya sebagaimana di dalam srtikel bertajuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh boleh,
TIPs di < http://emjayjb/ > http:// emjayjb . multiply. com/journal/ item/75.

Pesakit gout, diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan yang mengandungi tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh BP) seperti mee kuning, roti canai, roti serta kueh mueh yang diperbuat dari bahan ini. Bagi pendapat saya sebenarnya terdapat agenda sulit mengapa tepung gandum perlu diputihkan dengan menggunakan bahan kimia BP ini. Begitulah juga mengapa garam halus dimasukan bahan kimia merbahaya di dalamnya.

Kesemua usaha ini adalah bermotifkan agar kesemua manusia kecuali Y***** mengalami ????. Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari BP dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari BP bakal semakin
ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah di kalangan rakyat Malaysia . Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an. Pada pendapat saya, produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan gout, diabetes dan athritis.

....Sumber email....
Read more...

Kanser

KANSER

Apakah kanser ? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kami telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan kami. Untuk mengelakkan darah kami menjadi asidik perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan.


PENGETAHUAN
AM

Gigi manusia menunjukkan bahawa kami sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi
4 batang gigi tajam ( gigi kanine ) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk buah dan sayur. Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging.Kitab agama Al-Quran pun beri petunjuk bahawa kami perlu makan sedikit daging sahaja.

PENYEBAB KANSER


Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit kami dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Menghisap sekali lebih 600 kali merbahaya daripada bernafas asap daripada kenderaan awam.


MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER
:

a) Makanan yang di BBQ

b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges , kerepek.

c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.

d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.

e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )

g) Makanan yang berkurangan serat. Contoh : roti putih. Badan kami memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kami perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari .

h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati .


UBAT KANSER SEMULAJADI


Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah kami dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi.......tetapi oleh kerana tiada pilihan lain ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ).

Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel kanser makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa.
Read more...

Syaitan

Artikel 1

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah SWT. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - (# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Artikel 2

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Iblis Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya manusia.

Dia (Iblis) berkata(Al-Israk:62):

“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.

Firman Allah: “Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga.

Allah berfirman (Shaad:77-78):

“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat.

Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.

Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:

1. Dasim

Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.

2. Al-A’war

Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.

3. Maswath

Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.

4. Zalnabur

Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.

5. Tsaba

Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.

Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)

Artikel 3

Di dalam kitab Makadiyus-Syaitan Wahailuhu, Ibnu Abi Dunya berkata: "Abu Bakar At-Tamimi menceritakan kepadaku, daripada Ibnu Abi Maryam daripada Yahya bin Ayub daripada Ibnu Zahr daripada Ali bin Yaziz daripada Qasim daripada Abi Umamah daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya ketika iblis dihalau ke bumi, ia berkata (dalam dialog) seperti berikut:

Iblis: Ya Tuhanku, engkau telah menghalauku ke bumi dan engkau jadikan aku sebagai makhluk penderhaka, kerana itu berikan kepadaku satu rumah untuk tempat tinggal!
Allah: Rumahmu adalah tandas dan tempat kotor.

Iblis: Berikan kepadaku suatu majlis (dewan tempat berhimpun).
Allah: Pasar-pasar dan jalan-jalan tempat orang ramai berkumpul.

Iblis: Berikan makanan kepadaku!
Allah: Setiap yang tidak disebut dengan nama Allah ketika hendak memakannya.

Iblis: Berikan minuman kepadaku!
Allah: Setiap yang memabukkan

Iblis: Berikan kepadaku Muazzin (alat untuk memanggil)
Allah: Semua seruling dan alat muzik.

Iblis: Berikan Quran kepadaku!
Allah: Quranmu adalah syair(lagu)

Iblis: Berikan kitab kepadaku!
Allah: Kitabmu adalah permusuhan (dendam kesumat).

Iblis: Berikanlah Hadis kepadaku!
Allah: Hadismu adalah Kebohongan dan Dusta.

Iblis: Berikan kepadaku seorang Rasul(utusan).
Allah: Rasulmu adalah tukang tenung, ahli sihir dan bomoh Ilmu Hitam.

Iblis: Berikan kepadaku perangkap!
Allah: Perangkapmu adalah kaum perempuan.

Artikel 4

Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".pada masa sama, sibukkan diri mereka dengan hal-hal kedunian sehingga melewat-lewatkan solat diakhir waktu.

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA melebihi pendapatan, SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".(ceti, belian barang secara ansuran, ahlong atau credit card) lalaikanlah mereka.

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, overtime sepanjang hari, 10 - 12 jam seminggu, ,sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka mendidik dan menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."apa yang perlu mereka difikirkan ialah Wang! Wang! dan kemewahan sepanjang waktu.

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja". "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, tiada masa melayan suami dan kerenah anak-anak, buatlah mereka sering sakit kepala".

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)."


PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."


"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

Read more...

Seminit Saja....


Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

Betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu b e rahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu
namun betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al - Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir, atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa .

Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,
Read more...

Puasa sunat 10 Muharram


Sekadar mengigati, 16 Dis 2010 adalah bersamaan 10 Muharram juga dikenali hari Asyura'

“Sesungguhnya orang yang paling berhak dengan Ibrahim adalah orang-orang yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah-lah pelindung semua orang-orang yang beriman”. (Ali Imran: 68)

Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling berhak terhadap Nabi Musa daripada orang-orang Yahudi tersebut, dikarenakan mereka kafir terhadap Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad. Maka beliau shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan manusia untuk berpuasa pula pada hari tersebut. Beliau juga memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘Asyura, dengan berpuasa pada hari kesembilan atau hari kesebelas beriringan dengan puasa pada hari kesepuluh (’Asyura), atau ketiga-tiganya. [3]

Oleh karena itu sebagian ulama seperti Ibnul Qayyim dan yang selain beliau menyebutkan bahwa puasa ‘Asyura terbagi menjadi tiga keadaan:

1. Berpuasa pada hari ‘Asyura dan Tasu’ah (9 Muharram), ini yang paling afdhal.

2. Berpuasa pada hari ‘Asyura dan tanggal 11 Muharram, ini kurang pahalanya daripada yang pertama. [4]

3. Berpuasa pada hari ‘Asyura saja, sebagian ulama memakruhkannya karena Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi, namun sebagian ulama yang lain memberi keringanan (tidak menganggapnya makhruh). [5]

Wallahu a’lam bish shawab.

(Sumber: Syarh Riyadhis Shalihin karya Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin terbitan Darus Salam – Mesir, diterjemahkan Abu Umar Urwah Al-Bankawy, muraja’ah dan catatan kaki: Al-Ustadz Abu Abdillah Muhammad Rifai)

Read more...

Jika Islam Itu Benar, Tempatku, Bilikku di Neraka???

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya:“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku? Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.“Jika Islam itu benar tempatkan bilikku di Neraka, ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,”katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik tuk kita jadikan iktibar dan pengajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Sumber: Zameer Fisabilillah
Read more...

Rabu, Disember 01, 2010

Gambaran Hari Qiamat

Hanya ilustrasi semata-mata

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya.
2) Doa anak²nya yang soleh.
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada
amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1,000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1- Pemimpin yang adil.
2- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1,000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20,000 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
1-Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2-Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3-Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

sumber: Amar Sufi
Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...