Warkah Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a

Khamis, Februari 25, 2010

Seram - Penunggu Gunung Raya

Pengarah serta pelakon yang membintangi drama penunggu gunung raya



Pat-pat siku lipat,

Siapa cepat, dia dapat…


TV3 melalui slot seram sedang menayangkan drama seram yang bertajuk Penunggu Gunung Raya. Cerita arahan Khabir Bhatia. Lihat di bawah ini sinopsis cerita tersebut.....

Mengisahkan sebuah mimpi misteri yang sering menghantui empat individu, Azam, Intan, Mas dan Omar yang sebenarnya terikat dengan kisah silam masing-masing.

Kisah bermula dengan Azam (Zizan Nin) seorang penulis novel seram yang terkenal tetapi kehidupannya kusut akibat sering diganggu oleh jelmaan bekas teman wanita yang telah membunuh diri kerana terlalu kecewa selepas putus cinta dengannya. Intan (Emelda Rosmila) pula seorang janda muda yang baru kematian suami dalam sebuah kemalangan jalanraya dan dirundung resah gelisah kerana merasakan kandungannya bukan anak manusia. Manakala Mas (Fouziah Gous) pula diburu rasa ketakutan dan bersalah setelah membunuh kekasihnya, Datuk Kadir. Hidup Mas pada dasarnya nampak bahagia kerana dilimpahi kemewahan selepas menjadi perempuan simpanan ahli perniagaan berjaya. Namun, hatinya sentiasa tertekan lantas mengambil tindakan drastik dengan membunuh kekasihnya sendiri. Berbeza pula dengan Omar (Sahee. D), seorang pemaju hartanah yang hanya mementingkan keuntungan dan sanggup membuat apa sahaja untuk mencari kekayaan. Malangnya, Omar terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sejak cuba menerokai kawsan di Kampung Gunung Raya.

Mimpi-mimpi aneh inilah yang akan menyatukan kembali empat sahabat yang sudah lama terpisah hingga pulang ke Kampung Gunung Raya. Ketika masih kanak-kanak, mereka berempat selalu dibuli oleh anak ketua kampung, Dayak (Atta Imran).

Suatu hari, mereka memperdayakan Dayak ke perigi berhantu yang terletak di tengah hutan. Dayak terjatuh dan mati. Tanpa diketahui, darah Dayak telah membebaskan iblis iaitu Penunggu Gunung Raya yang dikurung dalam peti kuno di bawah perigi. Atas tunjuk ajar Lebai Awang (Rahhim Omar), mereka berjaya menumpaskan iblis tersebut.

Namun, hasil daripada kejadian tersebut telah menyebabkan mereka hilang ingatan dan dihantar ke bandar bagi memulakan kehidupan baru. Namun, Tok Sumun (Rosli Sako) berasa sangsi akan kematian anaknya dan mahu menuntut bela. Maka, Tok Sumun telah menyeru kepada Penunggu Gunung Raya untuk terus mengganggu pembunuh anaknya.

Setelah sekian lama, Azam, Intan, Mas dan Omar kini merasakan nyawa mereka terancam selain diburu rasa ketakutan atas dosa yang dilakukan. Segala misteri dan rahsia asal usul mereka bakal terungkai. Siapakah Lebai Awang sebenarnya dan apakah dendamnya dengan Mak Leha (Ibu Aida) yang telah mengasaskan Kampung Gunung Raya?

Read more...

Rabu, Januari 27, 2010

Abah... Iman dah boleh meniarap

Andai iman boleh bercakap mungkin kata-kata di atas terucap. Iman sekarang sudah berumur 3 bulan 25 hari tika cerita ini ditulis. Mungkin normal bagi kanak umur sebaya iman boleh meniarap hanya setempat cuma aku nak tunggu dia bergerak macam askar cuci lantai rumah.

Masa checkup untuk 3 bulan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan berat iman dh mencecah 6 Kg. Alhamdulillah dah besar anak abah. Read more...

Rabu, Januari 20, 2010

Penggunaan nama Allah oleh non muslim di Indon

Petikan email :

Penggunaan nama Allah oleh non muslim di Indon


Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini... (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek.... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka...

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi... lah, buku dakwah Kristian rupanya..

risau gak klu jadi camni kat mesia


di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular.
Read more...

Selasa, Januari 19, 2010

Luahan Hati Sang Sejadah


Luahan Hati Sang Sejadah

Satu hari aku terdengar
Esak tangis sungguh berdegar
Mungkinkah hantu mungkinkah pontianak
Atau pun orang tengah buang anak Rupanya datang dari bawah meja
Sejadah merah empunya suara
Aku pun mula la naik takut
Memang seram, memang kecut
Heran pulak camne sejadah boleh menangis
Pikir pikir ikhtiar aku dah habis
Aku pun mula la dapat satu idea
Kalau sejadah erti nangis, mesti dia pandai berkata2
Ku tanya sejadah apakah gerangan
Hingga menangis cam tak ingat Tuhan
Teresak2 sejadah pun menjawab
Sungguh tak sangka dia pandai bercakap
"Aku sedih pasal nasib diri ku…
Dulu aku berguna, sekarang dah jadi macam batu
Hari ni aku kena campak bawah kerusi
Esok lusa ntah2 kena buat lap kaki"
"Dulu aku diguna lima kali sehari
Aku masa tu bangga dapat berbakti
Sekarang aku haram tak bersentuh
Zohor ASar Maghrib Isyak ....apetah lagi Subuh"
"Apesal tuan ku buat aku macam ni
Sembahyang tidak, asyik melangok depan TV
Bangun pagi terus breakfast gitar
Sampai aku pun tak tau bila dia nak sedar"
"Tuan ku mungkin masih tak sedar diri
Esok lusa belum tau hidup atau mati
Dia dah besar, aku tak boleh buat apa lagi
Pandai2 la dia pikir pasal hidup dia sendiri"
Iskkk.... aku pun mula la sayu
Mendengar kisah sang sejadah yang begitu pilu
Aku pun dah lama sedar pasal benda ni
Cuma aku anggap tu masalah dia orang sendiri Kadang kala aku heran perangai manusia
Bencana yang datang dianggap bala
Tak pernah terpikir hikmah di sebaliknya
Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa
Kalau hidup kau penuh masalah
Mesti ada something yang kau buat salah
Allah takde nak hukum hamba-nya macam tu aje
Mestilah kau ada cacat dan cela
Sedar lah kita ni semakin tua
Ajal dan maut bukan kita yang empunya
Telinga dah makin pekak
Kepala makin naik botak
Mata pulak dah makin tak nampak
Arah hidup masih lagi kabur
Esok lusa sapa tau nak ke kubur
Itu ajelah kisah hari ni
Bukan mengutuk sekadar melampias isi hati
Anggaplah ini satu nasihat
Saye pun bukannya perfect sangat....................... "
Read more...

Isnin, Januari 18, 2010

Kisah laki bini

Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin..Si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidur mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi dia menggegarkan bilik tidur dan baunya ya rabbi tak leh nak cerita nanti pembaca muntah pulak.

Si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tue dan banyak kali termuntah sebab tak tahan…tapi si laki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semulajadi yang baik untuk kesihatan…. Satu hari si bini yang dah lama tak tahan perangai si laki berkata, “ satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar… semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka awak…”, si laki cuma sengih jer.

Hari raya korban pun tiba…keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam banyak2 bungkusan tue ada perut lembu, hati, paru-paru… maka timbullah idea si bini nak pekena laki dia…Masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokan perut lembu yang berjela2 betul2 kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya….

Dipendekkan citer…maka laki dia dia pun bangun dan macam rutine biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dahsyat bunyinya dan maha busuk baunya… si bini tunggu dengan penuh khusyuk. Dari dalam bilik tido terdengar suara laki dia terjerit sakan,…hysteria gitu… sibini tertonggeng tonggeng dan guling2 ketawa. 20 minit pastu silaki pun kedapur untuk sarapan.. sibini pun buat donno dan control macho....
“masin betullah mulut awak… habis tali perut saya terkeluar macam yang awak cakap hari tue”. Kata laki dia bersungguh-sungguh. “Habis tue abang buat macam mana?” tanya sibini sambil control suara dan perut yang nak pecah sebab nak ketawa.
“nasib baik abang tak panic… abang terus ke bilik air, dan sekarang dah settle...”
“abang buat macam mana?” Tanya sibini agak suspend.
“Dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua isi perut abang tadi…tak payah susah2 pegi hospital untuk operation”…Si bini terdiam kaku…
Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...