Warkah Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." Ibn Mas'ud r.a

Isnin, September 14, 2009

Jadual Waktu Perjalanan Oleh Plus

Jadual waktu perjalanan untuk panduan pemandu di Lebuhraya Utara Selatan.
MEMANDULAH DENGAN BERKHEMAH
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG

Read more...

Isnin, September 07, 2009

Tarian Poco-Poco HARAM??

READ THIS 1st

Tarian Poco-Poco merupakan tarian yang sering dijadikan bahan riadah oleh semua orang. Semua orang suka kerana langkah-langkahnya menghiburkan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Tetapi memandangkan aku terjumpa petikan ayat di bawah ini inginlah aku berkongsi kepada semua. Bersama-sama lah kita berfikir sejenak...

From Teha Wahab
Original message from Miss Haibara:> >

Salam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).

Iaitu tarian Poco-poco.> >

Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.

Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini> >

"Assalammualaikum.> >

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.> >

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk SALIB.> >

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.> >

Cuma tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."> >

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.> >

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.> >

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.> >

WALLAHUALAM. ...> >

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM Read more...

Jumaat, September 04, 2009

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan RON Sebenarnya?

RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92. RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.

Anda boleh cek sama ada model kereta anda sesuai atau tidak dengan RON95 dalam jadual dibawah :





Read more...

Jumaat, Ogos 28, 2009

Kemerdekaan - HINI atau Ramadhan


&


Sambutan menyambut kemerdekaan ceritanya akan dibuat secara ringkas di sekitar bangunan Parlimen dan tanpa sambutan meriah tidak seperti tahun sebelum ini. Dengan alasan bagi mengurangkan wabak selsema babi (HINI) dan menghormati bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Apakah alasan yang lebih penting kerana HINI atau menghormati bulan Ramadhan?


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52
-TANPA KONSERT
-

1 Malaysia
Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan
Read more...

Khamis, Ogos 27, 2009

Larangan Boros, Membazir Ketika Berbuka Puasa

Oleh Mohd Shukri Hanapi

Ramadan mendidik nafsu dan jasad kita agar sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja.

WAKTU iftar atau berbuka puasa adalah satu daripada dua masa yang menggembirakan setiap umat Islam yang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka dan kedua, kegembiraan ketika menemui Tuhannya."

Dalam kegembiraan umat Islam membuat persiapan untuk berbuka puasa, mereka tidak seharusnya lalai sehingga melanggari etika berbelanja sebagaimana yang dianjurkan Islam. Oleh kerana terlalu gembira kadangkala menyebabkan umat Islam tidak menyedari mereka melanggari etika murni yang ditetapkan Islam iaitu boros dalam perbelanjaan.

Pemborosan bererti mengeluarkan wang ringgit atau menggunakan barang secara berlebih-lebihan dengan cara yang membazir. Amalan membazir ini amat dilarang Allah yang menganggap orang yang membazir itu adalah saudara mara syaitan.

Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya" – (Surah Al-Isra, 27). Ini suatu gambaran yang amat keras kerana syaitan itu makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah.

Berhubung larangan pembaziran ini juga, Rasulullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi sedekah miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." – (Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, pemborosan dan pembaziran adalah perbuatan keji dan patut ditinggalkan orang yang mengaku diri mereka benar-benar beriman dengan Islam.

Pemborosan yang sering kali kita lakukan ketika membuat persiapan untuk berbuka puasa adalah dari aspek makanan dan minuman. Maksudnya membeli atau menyediakan makanan dan minuman melebihi keperluan sehinggakan ia tidak mampu habis dimakan. Kadangkala dilihat waktu berbuka puasa itu bagaikan pesta makanan dengan pelbagai juadah.

Meskipun berbelanja itu hak golongan berada, tetapi pada hakikatnya Islam memandang perkara ini sebagai suatu pemborosan melampau yang membawa kepada pembaziran. Bahkan ia telah melebihi had kecukupan atau keperluan seseorang.

Keinginan untuk membeli pelbagai jenis kuih, lauk dan minuman kadangkala agak keterlaluan. Bagaimana ruang perut manusia yang begitu sempit dapat dimasukkan semua jenis makanan dan minuman yang dibeli itu sekali gus. Maka baki atau lebihan makanan dan minuman yang dibuang sebab tidak terdaya dimakan itulah yang dikatakan pembaziran.

Secara jelas, Nabi Muhammad hanya menggalakkan kita menyegerakan berbuka puasa tepat pada waktunya dan disunatkan berbuka dengan kurma atau buah-buahan yang lain. Jika tiada buah-buahan itu, berbukalah dengan meminum air. Kemudian hendaklah didahului solat Maghrib sebelum memakan makanan yang lain seperti nasi dan sebagainya. – (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baginda amat melarang perbuatan boros ketika berbuka puasa sehinggakan membawa kepada pembaziran. Perkara ini ada dijelaskan Rasulullah yang bermaksud, "Ketika Mu'awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin 'Amr bercerita mengenai Rasulullah, katanya Rasulullah SAW tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji (seperti pemborosan). Beliau juga berkata: Rasulullah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya." – (Riwayat
al-Bukhari). Sikap Rasulullah itu sepatutnya dijadikan ikutan dan teladan semua
umat Islam.

Tuntutan puasa yang sebenarnya bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum semata-mata. Puasa adalah suatu bentuk latihan praktikal bagi mendidik roh, minda, jasad dan nafsu manusia ke arah pengabdian dan kepatuhan kepada Allah.

Justeru, kita perlu sedar bahawa Ramadan yang sedang dilalui ini banyak mendidik nafsu dan jasad kita agar sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja. Berbekalkan didikan praktikal yang kita terima dalam bulan Ramadan ini, kita akan manfaatkan untuk mengharungi kehidupan dalam sebelas bulan yang berikutnya.

Ketika berbelanja untuk majlis berbuka puasa, kita juga seharusnya mengenangkan nasib saudara seagama yang berbuka puasa dalam keadaan serba kedaifan dan kekurangan. Mereka juga inginkan menjamah makanan yang lazat seperti orang lain. Namun, dengan kedaifan, membuatkan mereka berbuka dengan makan makanan yang mampu dibeli saja.

Oleh itu alangkah baiknya jika kita membanteras amalan pemborosan dan pembaziran yang keji itu dengan menggalakkan amalan kebajikan seperti bersedekah. Sedikit bantuan atau sumbangan yang kita hulurkan kepada golongan yang tidak berada, ada disediakan ganjaran pahala di sisi Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Biro Laman Web
bp.Pengerusi PNI
JPS Malaysia
Read more...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...